Saturday, February 19, 2011

TERKINI : DAP MINTA KDN HENTI BERI ALASAN TEMPANG…


Salam semua…
DAP mendesak kerajaan berhenti bermain politik dan memberikan alasan tempang berhubung penolakan terhadap hasrat Selangor menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri.
DAP mendesak kerajaan berhenti bermain politik dan memberikan alasan tempang berhubung penolakan terhadap hasrat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri bagi mengurangkan jenayah.
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua  berkata alasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein - bahawa tindakan itu bertentangan dengan perlembagaan - itu tidak bertanggungjawab.
"Alasan menteri dalam negeri, bahawa pasukan polis bantuan bertentangan dengan perlembagaan pincang sepenuhnya ekoran tiada sebarang peruntukan menghalang pembentukan pasukan itu, sebagaimana tiada peruntukan menentang penggajian petugas keselamatan," kata Tony.
Semalam, Hishammuddin dilaporkan tidak berganjak daripada keputusan menolak permohonan Selangor yang mahu meneruskan permohonan menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri kerana ia "bertentangan dengan perlembagaan".
Beliau sebaliknya mendakwa, kerajaan negeri mahu melakukan provokasi sedangkan mereka didakwa tahu ia bercanggah dengan perlembagaan dan tidak masuk akal.
Hishammuddin turut dilaporkan melahirkan rasa terkilan terhadap kerajaan Selangor yang didakwa tidak pernah tampil ke hadapan membantu polis dalam usaha mengurangkan indeks jenayah di negeri itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tony mencabar Hishammuddin membuang semua pagar keselamatan, penghadang automatik dan rumah pengawal keselamatan sekiranya dia benar-benar yakin bahawa kadar jenayah menurun.
Tony menambah, kerajaan negeri selama ini bertolak ansur dengan pembinaan pagar yang munasabah - walaupun keabsahannya dibangkitkan - kerana simpati dengan perasaan takut penduduk kepada jenayah yang memuncak pada 2008 dan 2009.
"Tindakan rakyat Malaysia itu sebaliknya membuktikan bahawa mereka tidak percaya polis mempunyai sumber yang cukup untuk melindungi mereka dan sebaliknya terpaksa mengambil alih fungsi itu sendiri," kata Tony.
"Bagaimanapun, sekiranya diberi peluang, rakyat Malaysia tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar pengawal keselamatan dan tinggal dalam kawasan berpagar yang tidak selesa, yang menjadikan bandar seperti Petaling Jaya umpama "zon perang". –Malaysiakini, 18/02/2011.
Ulasan:
Penulis rasa peliklah cadangan berkenaan kerana kalaulah ianya dibenarkan, undang-undang manakah yang perlu diguna pakai oleh mereka bagi mencegah jenayah di sekitar negeri Selangor?
Adalah sesuatu yang memalukan bilamana satu-satu cadangan yang dikemukakan tidak disertakan sekali dengan bidang kuasa atau undang-undang  yang boleh menyokong cadangan tersebut. Tidak masuk akallah jika cadangan mereka menubuhkan pasukan keselamatan sendiri menggunakan HUKUM RIMBA? Kerana jika mereka menggunakan pakai undang-undang yang sedia ada,  ianya menjadikan keadaan keselamatan seluruh negeri Selangor kelam-kabut apabila ada dua pihak mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah dalam satu masa.
Takkanlah seseorang yang bertaraf Menteri Besar yang arif dalam selok-belok pengurusan  pentadbiran boleh terlepas pandang dalam hal ini. Beliau sebenarnya perlu tahu bahawa tanggungjawab mengawal keselamatan dan mencegah jenayah adalah  terletak di bawah bidang kuasa Polis Di Raja Malaysia  seperti termaktub dalam undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Secara logik akal, mana boleh ada dua Ketua Polis Selangor dalam masa yang sama? Nanti kadar jenayah tak turun, polis sama polis pula yang bergaduh.
Penulis tidak hairanlah dengan sikap pendek akal  yang ditunjukkan oleh Kerajaan PKR Selangor ini, kerana sebelum inipun usul pindaan kononnya mahu mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi  telah gagal kerana tidak mendapat perkenan Dewan.
Apa yang pasti orang ramai termasuk penulis sendiri melihat tindakan Kerajaan  PKR Selangor ini sebagai kerja-kerja yang sia-sia  yang  hanya membuang masa, tenaga dan membazirkan wang rakyat negeri Selangor.
Dan yang terbaru, oleh kerana kerja-kerja Speaker DUN Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim  yang terburu-buru itu, beliau telah dikenakan perintah membayar sejumlah wang yang belum dipastikan di samping keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memihak dan mengekalkan kedudukan Badrul Hisham Abdullah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

No comments: