Tuesday, April 12, 2011

DASAR KERAJAAN PAS KEDAH MENYUSAHKAN ORANG KAMPONG DAN RAKYAT NEGERI KEDAH. BACA SETERUSNYA…

                                                                                         LOGO SADA

Salam semua…
Dalam tempoh sebulan dua ini, isu pemberhentian perkhidmatan pembayaran bil bekalan air di pejabat pos menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat di merata tempat di Kedah.
Kisah berkenaan menjadi fokus utama lebih-lebih lagi kepada penduduk di kawasan pedalaman seperti Sik, Baling, Padang Terap dan Bandar Baharu.
Ia bermula selepas Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) mengumumkan pemberhentian berkenaan mulai 1 Mac lalu dengan alasan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menaikkan komisen daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap bil.
SADA terpaksa berbuat demikian kononnya untuk menjimatkan kos kerana sebanyak RM1.2 juta setahun diperlukan untuk membayar komisen jika syarikat milik penuh kerajaan negeri itu terus melantik Pos Malaysia sebagai agen kutipan.
Di kalangan rakyat jelata, kedengaran suara-suara merungut bahawa alasan tersebut dangkal dan tidak dapat diterima. Ini kerana, tindakan terbabit sebenarnya hanya menguntungkan kerajaan negeri, sedangkan rakyat teraniaya.
Jika dinilai secara terperinci, sebahagian besar daripada 500,000 pemegang akaun domestik SADA merupakan penduduk kawasan pedalaman.
Sebelum ini, mereka mendapatkan perkhidmatan di 46 pejabat pos seluruh pelosok negeri untuk menjelaskan bil air. Bagaimanapun, kini pengguna terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke pekan atau bandar semata-mata untuk membayar bil bekalan elektrik itu.
Langkah memberhentikan perkhidmatan terbabit di pejabat pos juga dilihat amat tidak praktikal memandangkan rata-rata bil penduduk kampung bukanlah dalam jumlah besar iaitu sekitar RM7 hingga RM10 sahaja sebulan.
Apabila kerajaan negeri memutuskan demikian, orang kampung terpaksa menaiki kenderaan atau menyewa teksi ke pekan sekali gus meningkatkan kos pengangkutan mereka.
Sekadar contoh, penduduk kawasan Felda Lubuk Merbau di Padang Terap perlu pergi ke pekan terdekat sama ada Kuala Nerang, Pokok Sena atau Pendang yang jaraknya kira-kira 40 kilometer hanya untuk membayar bil air.
Walhal mereka sebelum ini boleh menjelaskan bil itu di pejabat pos yang jaraknya tidak sampai dua kilometer dari rumah.
Keadaan diburukkan lagi dengan pembayaran bil air hanya boleh dibuat di 16 pejabat SADA dan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau bank-bank terpilih yang kesemuanya terletak di pekan besar.
Di pihak SADA sendiri, perkhidmatan membayar bil dikatakan tidak cekap kerana sekadar membuka beberapa kaunter, malah waktu perkhidmatan terlalu singkat iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 3.30 petang serta ditutup pada hujung minggu.
Akibat itu, pejabat SADA menjadi sesak malah ada pelanggan terpaksa datang semula pada hari lain angkara terlalu ramai beratur untuk membayar bil pada satu-satu masa.
Bagi pemerhati politik, tindakan yang diambil kerajaan negeri itu benar-benar bertentangan dengan slogan Kedah Sejahtera yang dilaungkan mereka.
Situasi berkenaan memperlihatkan wajah sebenar kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasib rakyat yang memberikan mandat kepada mereka mentadbir.
Walhal, mereka sebelum ini juga mendakwa telah memperoleh keuntungan hasil kecekapan mengurus sumber pembalakan lebih RM50 juta iaitu satu angka yang berlipat kali ganda berbanding sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah.
Jika benar memperoleh keuntungan besar, kenapa tidak boleh menanggung komisen bil air itu bagi mengurangkan beban rakyat jelata? Apapun, kerajaan negeri pimpinan PAS nampaknya lebih senang mengamalkan sikap ‘kedekut’ kerana tidak mahu keluarkan duit.
Ini bermakna semua beban dan tanggungjawab kini dipindahkan ke atas bahu rakyat jelata. Tidak keterlaluan dikatakan ia merupakan satu sikap yang cukup tidak bertanggungjawab.
Selaku kerajaan yang sentiasa memperjuangkan kesejahteraan rakyat, mereka tidak sepatutnya mudah untuk melepaskan bebanan kos. Dalam hal ini, kerajaan negeri harus belajar daripada kerajaan Pusat bagaimana ia terus menanggung subsidi minyak yang besar walaupun sedang berlaku kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
Sekiranya ia boleh dilakukan, tidak mustahil rungutan akan berkurangan, malah mampu mengekalkan populariti di kalangan rakyat. Pun begitu, jika dibiarkan berterusan, sudah pasti rakyat Kedah akan ‘menghukum’ mereka dalam pilihan raya umum kelak. — Utusan
P/S – Kesian dekat mak cik dan pak cik yang terpaksa naik bas di luar bandar semata-mata nak bayar bil air di pejabat SADA yang letaknya di bandar. Belanja tambang bas / teksi dan yang berkaitan dengannya  saja kadang-kadang mencecah 1/3 dari harga bil air. Betoi-betoi tak munasabah dan menyusahkan rakyat sahaja. Idea siapa ni? Tak kan idea MB kot?
Kalau lagu ni la, ada can BN nak ambil balik pemerintahan dari kerajaan PAS.

1 comment:

Anonymous said...

Sudah menjadi kebiasaan orang kampung berurusan dengan pejabat Pos sejak dahulu lagi dan mereka merasa sesuai berurusan dgn pejabat Pos,Pejabat Pos juga terdapat dimerata daerah serta pekan kecil dan kampung yang terpileh untuk memberi kemudahan pada orang Kampung,banyak urusan dapat dibuat dipejabat Pos saperti bayar bil air , api , telefon , astro , Pos surat ,renew insurance ,roadtax ,lesen memandu, keluar masuk ASB dan banyak lagi perkhidmatan yang saya sendiri tak tahu , ini adalah matlamat Utama Kerajaan Persekutuan untuk memberi KESENANGAN PADA ORANG RAMAI.Untuk berurusan melalui Bank mereka berasa amat janggal maklumlah mereka kurang biasa dgn Bank kecuali BSN jika dengar nama Bank saja mereka dah merasa segan untuk berurusan mungkin beranggapan bank ini berurusan berkenaan masuk dan keluar Wang .Kerajaan negeri Kedah tidak pernah terfikir disebabkan kenaikan komisen 2kupang ini telah memberi kesusahan pada rakyat di negeri Kedah terutama pada penduduk penduduk yang tinggal dibandar bandar kecil. Pada pendapat saya eloklah Kerajaan Kedah fikir semula berkenaan hal ini untuk kesenangan rakyat negeri Kedah.