Thursday, April 07, 2011

ISU VIDEO SEKS: NASIHAT BERGUNA KEPADA DR WAN AZIZAH DAN DS ANUAR- LAIN KALI KALAU ADA RANCANGAN HENDAK MENIPU ORANG RAMAI, TAK PERLU SUSAH-SUSAHLAH BUAT SIDANG MEDIA…MEMALUKAN SAHAJA.

                       Buat apalah diadakan sidang media kalau sekadar hendak menipu?....

Salam semua….
MASIH ingatkah kita pada 21 Mac lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul pada satu sidang akhbar menafikan bahawa beliau lelaki yang dimaksudkan dalam satu rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang.
Hujah Anwar yang paling ketara ialah beliau bersama keluarga ketika kejadian dan jam Omega yang dikatakan tertinggal di hotel tempat kejadian berada dalam simpanan isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.
Pada sidang akhbar itu juga, Dr.Wan Azizah menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali melihat video tersebut kalau diberi sekalipun kerana menganggap ia palsu dan satu konspirasi bagi memburuk-burukkan suaminya.
Pada sebelah malamnya Anwar muncul di Taman Melawati, Gombak dan dengan penuh amarah memaki hamun UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan menganggap tuduhan itu sebagai fitnah yang menjijikkan. Genap tiga minggu, kekalutan dan polemik berlaku, maka pada Isnin lalu sebahagian rakaman video itu dipaparkan melalui YouTube dan kemudian disebar secara meluas oleh blog-blog.
Kelmarin pula, Dr.Wan Azizah yang sebelum ini digambarkan oleh Anwar sama sekali tidak akan menonton video berkenaan mengadakan sidang akhbar. Tegas Wan Azizah, selepas menonton bersama keluarganya di Internet rakaman tersebut, beliau sekeluarga percaya lelaki dalam video itu mirip suaminya tetapi bukan Anwar.
Persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak, apakah yang mendorong Wan Azizah menonton rakaman berkenaan? Bukankah beliau begitu yakin bahawa suaminya tidak akan terlibat dalam perbuatan tidak bermoral tersebut? Oleh itu, jawapan beliau bahawa 'ia untuk memuaskan hati' agak janggal dan meragukan.
Malahan hujah-hujah Wan Azizah ketika menjawab soalan wartawan lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding memberikan jawapan. Apa yang paling ketara ialah persoalan mengenai jam Omega yang didakwa oleh Anwar disimpan oleh Wan Azizah.
Untuk rekod jam Omega berkenaan seolah-olah menjadi kunci kepada pembongkaran rakaman video itu kerana lelaki yang menjumpai rakaman berkenaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditugaskan mencari jam tersebut yang tertinggal di hotel di mana adegan seks dikatakan berlaku.
Jam itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut tetapi dalam masa yang sama Anwar mempertahankan ia berada dalam simpanan Wan Azizah. Sepatutnya, sidang akhbar oleh Wan Azizah di kediamannya kelmarin menjadi kesempatan terbaik untuk beliau membuktikan dakwaan suaminya benar dengan menunjukkan jam berkenaan kepada wartawan.
Tetapi Wan Azizah tidak berbuat demikian, sebaliknya beliau terus menempelak wartawan yang terus mengasak beliau mengenai perkara berkenaan. Justeru timbul persoalan, kalaulah betul jam tangan Omega milik Anwar ada di tangan Wan Azizah, apa yang susah sangat untuk Wan Azizah menunjukkan jam tersebut kepada pemberita pada sidang akhbar tersebut?
Kita harus ingat bahawa sidang akhbar itu diadakan di kediamannya dan sudah pastilah jam Omega itu, paling tidak pun berada di dalam bilik tidur beliau dan Anwar. Jika beliau terlupa untuk membawa jam tangan itu pada sidang akhbar berkenaan, maka Wan Azizah boleh bangun sebentar untuk mengambilnya.
Namun sekali lagi, Wan Azizah tidak melakukan langkah itu sebaliknya bertanya kepada wartawan kenapa perlu beliau menunjukkan kepada mereka. Apa yang lebih menimbulkan persoalan, isu rakaman video seks itu melibatkan maruah bukan sahaja Anwar dan Wan Azizah tetapi juga seluruh ahli keluarganya.
Sepatutnya sebagai seorang isteri yang amat mencintai dan bersedia berkorban apa sahaja demi perjuangan politik suaminya, Wan Azizah perlu berusaha membersihkan nama Anwar dalam menghadapi dakwaan terbaru ini. Ia termasuklah menyokong apa juga langkah yang dilihat mampu memaparkan kebenaran dan sekali gus membuktikan dakwaan ke atas suaminya adalah suatu fitnah.
Tetapi Wan Azizah lebih bersedia mengikut rentak politik rakan-rakan PKR iaitu DAP dan Pas yang menolak penubuhan suruhanjaya diraja. Malahan Wan Azizah juga menolak cadangan supaya pihak melakukan sumpah laknat dan dibuktikan secara saintifik menggunakan mesin poligraf kerana beliau anggap ia tidak relevan dan taktik UMNO.
Kalau begitu bagaimana Wan Azizah hendak membuktikan bahawa itu benar-benar bukan suaminya, dakwaan itu tidak boleh dinafikan dengan modal air liur sahaja seperti mana pembangkang menabur janji dalam pilihan raya.
Jika Wan Azizah yakin dan berpegang kepada kata-katanya, ''Siapa lagi yang lebih mengenali beliau (Anwar) dengan begitu intim kalau bukan kami'', maka beliau tidak perlu takut untuk membuktikan dengan apa cara sekali pun bahawa Anwar yang disifatkan oleh Wan Azizah sebagai anugerah tuhan tidak bersalah.
Malangnya Wan Azizah menolak semua usaha bagi membuktikan perkara itu yang ada di bibir beliau hanyalah penafian semata-mata.
Turut menjadi persoalan ialah kenapakah Anwar tidak muncul pada sidang akhbar yang dianggap cukup penting itu. Alasan Wan Azizah, suaminya berada di Sarawak untuk kempen pilihan raya.
Tetapi jika dikaji alasan itu ia masih boleh dipersoalkan, ini kerana pada 21 Mac apabila rakaman video seks berkenaan didedahkan kepada wartawan, Anwar secara tiba-tiba mengadakan sidang akhbar menafikan bahawa beliau terlibat. Apa yang anehnya ketika itu tiada siapa pun termasuklah invidu yang mendedahkan video berkenaan mengatakan itu Anwar.
Justeru Anwar tidak boleh marah jika ada pihak yang membuat tanggapan bahawa sidang akhbar Wan Azizah hanyalah salah satu usaha bagi meraih simpati kononnya beliau (Anwar) difitnah tetapi jalan mencari kebenaran sengaja ditutupi demi perhitungan politik semata-mata.- ZULKIFLEE BAKAR, Utusan malaysia

P/S – Memang betul kata Zulkiflee Bakar, banyak percanggahan kenyataan di setiap sidang media mereka. Suami kata lain, si isteri pula kata lain. Nampak sangat mereka cuba berbohong kepada orang ramai. Orang ramai boleh menilai sendiri kejujuran dan keikhlasan mereka dalam menyatakan yang benar.
Malangnya perkara ini sengaja dielak oleh Dr Wan Azizah,  DS Anuar dan juga pemimpin-pemimpin pakatan rakyat. Semuanya demi survival kuasa politik semata-mata.
Orang ramai sebenarnya telah muak dengan penipuan mereka. Layakkah orang-orang sebegini disokong dan ditempatkan di Putrajaya untuk memerintah negera?
Sila berikan pendapat ikhlas anda dalam hal ini.
Sekian, terima kasih.
Salam semua.


 
 

2 comments:

Anonymous said...

yang banyak cakap si kalid. si karpal cool je..sebab dia tahu siapa anuar.
tapi wan azizah tak tahu siapa anuar yang sebenarnya ,walau pon laki sendiri.
kes liwat,kes video seks,,,come la ,turun je dari politik.orang yahudi pun kakau ada skandal macam ni depa blah dah dari politik.
kalau jam ada kat rumah sendiri tunjuk je lah,, susah ke..
memang semua kaki pembelit.
INI TIADA KENA MENGENA DENGAN UMNO/BN ,TIADA SEBARANG KONSPIRASI
KERAJaan.

Mohd said...

Ini semuanya salah Kak Jijah.
Dah tahu, Anwar suka blowjob, buat ajelah.
Dah tahu Anwar suka buat bermacam2 stail seks, lakukan ajelah.
Dah tahu Anwar suka lubang kunyit, bagi ajelah.
Mungkin juga Kak Jijah dah menopause dan tak lagi mampu melayan suami.
Apa susah, bagilah suami kahwin lagi.
Janganlah Kak Jijah pentingkan sangat diri sendiri.
Yang lebih penting adalah parti, rakyat dan negara Malaysia yg tercinta!