Salam semua…
Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor (gambar) menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melayakkan beliau digelar 'raja fitnah.'
Menurut beliau, Anwar yang kini dilihat berada dalam keadaan terdesak sengaja melempar fitnah itu sedangkan umum mengetahui bahawa pendedahan berhubung rakaman video aksi seks itu dibuat oleh trio 'Datuk T'.
"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ezam seterusnya mempersoalkan tindakan Anwar tidak menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 ketika peguam itu membuat kenyataan di Hotel Federal tentang kegiatan liwatnya.
"Kini sudah jelas bahawa Anwar sememangnya seorang pemimpin yang paling berat sebelah (dalam tindakannya)," ujar beliau.-Utusan
P/S – Penulis hairan, sebenarnya yang buat cerita dan tuduhan ini semua adalah sahabat karibnya, Datuk Eskay. Tapi, pelik kenapa pula DS Najib jadi sasaran fitnah Anuar?.
Mungkin Anuar ada sebab tertentu kenapa beliau takut dekat Datuk Eskay dan bersikap berani kepada DS Najib. Mungkinkah disebabkan oleh 5 soalan maut oleh Datuk Eskay kepadanya sebelum ini. Persoalan ini perlu dirungkaikan. Orang ramai termasuk pemimpin parti pembangkang perlu fokus tentang hubungan istimewa beliau dengan Datuk Eskay. Takkanlah Datuk Eskay hendak menjadi kambing hitam dan mahu menjerat dirinya sendiri semata-mata untuk membongkar cerita Anuar. Apa faedahnya? SMS daripada Anuar tentang jam Omeganya tentu akan membongkarkan semua rahsia beliau selama ini….apa yang nak ditunggu lagi?
Datuk Eskay, tunjuklah sikit SMS tu, kami nak tengok ! biar gempar satu Malaya...
No comments:
Post a Comment