Friday, April 08, 2011

DS ANUAR DAH MULA RASA TAKUT. ADAKAH PATUT BELIAU KATA PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA HANYA MEMBAZIRKAN MASA?



Salam semua…
"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya.
Mengulas perkara di atas, semalam DS Anwar berkata Suruhanjaya Diraja hanya membazirkan masa.
Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam perkara yang berkaitan,  DS Anwar Ibrahim adalah antara 35 orang yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes video seks melibatkan pelaku yang didakwa mirip beliau.
Individu lain termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, ketiga-tiganya yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" dan yang mengaku mendedahkan video itu kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada 21 Mac lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata beberapa kakitangan bahagian pengurusan Carcosa Seri Negara juga dipangil memberi keterangan.
Acryl Sani berkata keterangan yang diambil daripada Anwar adalah "memadai".
"Sekiranya terdapat keterangan beliau yang tidak lengkap, kita akan panggil dia lagi sekali untuk bagi keterangan tapi setakat ini ianya telah mencukupi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
P/S – Nampak sangat DS Anuar sudah terdesak sampai sanggup divert kes video seksnya dengan isu lain. Seperti taktik biasa, beliau akan sedaya upaya  cuba mengalih isu yang tertumpu kepada beliau dengan isu-isu lain.
Secara logiknya, kalaulah betul beliau tidak bersalah, beliau mestilah berusaha dan memberi fokus untuk isu ini dengan mencari bukti-bukti lain yang boleh menyokong bahawa tuduhan ke atas beliau adalah fitnah.
Tindakan beliau mengalih kepada isu-isu lain sebagai strategi berhujah telah memakan diri sendiri kerana orang ramai termasuk penulis sendiri nampak beliau sudah gabra dan gelabah ditambah pula dengan misteri jam Omega nya yang kini berada di dalam simpanan Polis.





2 comments:

Anonymous said...

BETUL LAH ANWAR KATA TU BANGANG...KAU TENGOK MASA KES CHUA PORN ..BILA PR CKP TUBUHKAN SURUHANJAYA TP NAZRI CKP X PAYAH MEMBAZIR..JD APA BEZA NYA...LG SATU ANWAR YAKIN BUKAN DIA PUN KENAPA DIA NK MENGAKU PULAK...LEBIH BAIK DUIT SURUHANJAYA TU DI GUNAKAN UTK KES KEMATIAN PENOLONG PENGARAH KASTAM DI TANGAN SPRM...

Anonymous said...

Kenapa takot dengan gesaan pelbagai pihak untuk menubuhkan RCI tentang kes video ini,tidak timbul membazir masa mahupun duit kerajaan yang UTAMA adalah KEBENARAN.Seharusnya anwar serta pakatan menyokong RCI ini demi KEADILAN tidak perlu nak menentang.Rasanya sekiranya Anwar menyokong,aku pasti rakyat pun tidak akan menuding jari kepada beliau atau adakah anwar takot RCI itu nanti kehidupan sisi gelap beliau terbongkar?