Monday, January 30, 2012

DATUK SYED ALI ALHABSHEE : "BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH POLITIK TANAH AIR SEORANG PEMIMPIN POLITIK MELAYU YANG MENGAKU ISLAM DIKATAKAN MELINDUNGI REJIM ISRAEL,"



Salam semua®…

Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas mencabuli prinsip kemanusiaan sejagat apabila dikatakan menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sekali gus menjadikannya sebagai seorang musuh kepada Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar) berkata, seluruh umat Islam berasa terhina dengan pendirian Ketua Pembangkang itu yang disifatkan sebagai amat keterlaluan dalam usaha beliau mencari sokongan luar untuk berkuasa.

"Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air seorang pemimpin politik Melayu yang mengaku Islam dikatakan melindungi rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu wawancara bersama majalah The Wall Street Journal kelmarin yang antara lain menyebut Ketua Pembangkang itu menyokong setiap usaha dilakukan untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Syed Ali berkata, seluruh umat Islam di negara ini wajib menolak dan menyisihkan Anwar daripada gelanggang politik.

"Manusia jenis ini amat berbahaya, bukan setakat boleh merosakkan negara malah turut menghancurkan masa depan umat Islam," tegasnya lagi.

Beliau berkata, keganasan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin sudah terbukti dan mendapat kecaman seluruh dunia.

"Ketika dunia mengutuk kekejaman Israel, Anwar pula mempertahankannya, ini satu perkembangan yang amat menakutkan," katanya sambil menyifatkan ia sebagai petanda kepada kehancuran umat Islam jika tidak ditangani segera.

Syed Ali dalam pada itu turut kesal dengan pendirian Pas terutama Dewan Pemuda parti itu yang begitu takut untuk mengecam Anwar secara terbuka ekoran kenyataan berkenaan.

"Pemuda mereka hanya berani bersuara dalam Twitter dengan mendakwa ia satu pengkhianatan kepada umat Islam tetapi tidak menyebut nama Anwar," ujarnya.

Menurutnya, ini menunjukkan Pemuda Pas terlalu takutkan Anwar demi menjaga kepentingan politik mereka.

"Pas juga tali barut kepada musuh Islam yang bertopengkan agama untuk kepentingan peribadi," ujarnya. – Utusan.

P/S – Kalau penulis tidak silap, DS Anuarlah orangnya yang paling lantang memburuk-burukkan kerajaan DS Najib pasal Isu APCO. Isu ini mendapat liputan meluas daripada di parlimen sehinggalah ke kedai-kedai kopi. Isu ini menjadi modal politik yang agak lama untuk parti pembangkang terutamanya dalam ceramah-ceramah parti PAS yang begitu keras mengutuk kerajaan.
Tetapi, sekarang apa sudah jadi? Bukan setakat kerjasama dengan syarikat APCO menjadi cemuhan mereka, kali ini DS Anuar terang-terang dalam kenyataannya kepada majalah The Wall Street Journal menyokong setiap usaha dilakukan untuk melindungi keselamatan negara Israel. Apa semua ini?
Paling mengejutkan kita, di atas sikap ‘double standard’ PAS, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tampil kehadapan dan enggan mempercayai laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal itu.
Kata Nik Abduh, "Menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel? Saya tak percaya berita ini,"
Cara beliau berhujah, saling tak tumpah, sebijik macam bapanya.
Kita bukanlah suruh beliau percaya. Soal percaya atau tidak, bukanlah menjadi persoalan utama kerana terserahlah kepada individu itu sendiri menilainya. Sebagai seorang yang berstatuskan Timbalan Ketua Pemuda, beliau sepatutnya tidak tergesa-gesa, sebaliknya carilah maklumat terlebih dahulu dan barulah menyatakan pendiriannya kepada media.
Penulis amat kecewa kerana perkara ini berlaku dikalangan orang-orang Melayu sendiri dan terserahlah kepada semua pembaca untuk menilainya.

No comments: