Wednesday, December 08, 2010

SALAH FAHAM AGAMA -SILA RUJUK MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

                                Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Sedang Berbincang.



Salam semua...

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan peribadi melalui artikel menarik yang dipaparkan oleh saudara Azli melalui laman blognya azlishukri.blogspot.com bertarikh 08/12/2010.
Klik di sini.

Kalau kita sendiri sebagai orang Islam berasa pandai dan tidak mahu menerima ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang diwakili oleh para-para Mufti, jadi janganlah kita salahkan orang bukan islam sahaja kerana di antara orang Islam itu sendiri tidak faham apa itu fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan?

Belajarlah mematuhi ketetapan fatwa yang telah dikeluarkan kerana ianya bukanlah pendapat seorang alim ulama hatta seorang Mufti.

Pendapat peribadi daripada seseorang walaupun beliau seorang alim ulama dikira tidak cukup untuk dijadikan Fatwa.

Sejarah yang lepas-lepas telah banyak mengajar kita bahawa ada ketikanya pendapat  peribadi yang diucap oleh seseorang pemimpin yang berlatar belakangkan agama telah disalah-ertikan sebagai fatwa yang wajib diikuti oleh pengikut-pengikut mereka.

Apa yang pasti fatwa spontan jenis ini biasanya akan membawa pengertian yang berbeza-beza dan akhirnya menjerumus kepada salah faham di kalangan orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam .

Apa yang paling ditakuti, kalau tidak dikawal, ianya akan membawa malapetaka kepada perpecahan di kalangan orang-orang Islam itu sendiri.

Dalam agama, berhujah menggunakan logik akal sahaja adalah tidak cukup untuk diterima bagi satu-satu hukum atau ketetapan. Walaupun yang berhujah itu di kalangan  Doktor ( Perubatan / PHD) atau seseorang yang berpendidikan tinggi di dalam apa jua bidang sekalipun.

Biarlah orang-orang yang arif sahaja dalam bidang agama misalnya para-para Mufti berhujah dan membuat ketetapan secara kolektif berdasarkan ilmu atau cabang-cabang agama yang mereka pelajari.

Oleh yang demikian, saya yang hina ini menyeru pada diri saya sendiri juga kepada semua orang Islam termasuklah juga orang bukan Islam supaya bersedia dengan hati terbuka mematuhi serta menghormati ketetapan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

No comments: