Sunday, December 26, 2010

RONNIE LIU BUAT U-TURN UNTUK PR?



Salam semua…

Penulis nak tergelak bila baca artikel terbaru dari laman blog ohpolitik.blogspot.com mengenai tindakan Kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan melarang kesemua majlis-majlis tempatan meletakkan logo 1 Malaysia sebagai bahan iklan dipremis perniagaan sehingga notis selanjutnya. Klik sini.

Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Selangor Ronnie Liu dipetik berkata, penanggguhan ini dibuat berikutan kekeliruan mengenai takrif logo 1 Malaysia yang disifatkan sebagai propaganda Barisan Nasional pada bahan iklan.

"Masih terdapat perkara yang samar-samar tentang apa dianggap sebagai aksi penarik publisiti oleh BN dan apa yang bukan," kata beliau memetik laporan portal Malaysiakini.

Menurut Ronnie, banyak majlis-majlis tempatan masih kurang jelas tentang bentuk pengiklanan yang dilarang.

Beliau menambah, satu kajian semula akan dibuat pada mesyuarat exco negeri Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kembali dari percutian dijangka pada awal Januari depan.

"Buat masa sekarang saya cadangkan agar semua majlis tempatan menangguhkan dahulu penguatkuasaan menurunkan logo 1 Malaysia," ujar Ronnie yang bagaimanapun melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam menguatkuasakan larangan itu sejak Jun tahun ini.

Penulis nampak tindakan yang berunsurkan politik daripada PR nampaknya sudah terjerat diri mereka sendiri.

Nasihat penulis pada pemimpin PR, Itu lah lain kali kaji betul-betul sebelum laksana apa-apa dasar. Janganlah kerana politik sempit, kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum diganggu-gugat.

PR sebagai parti pemerintah di Selangor perlu sensitif  tentang perkara ini. Takkanlah dasar baik dari kerajaan  untuk menyatukan bangsa Malaysia yang berbilang kaum inipun dikatakannya salah.

Nampak sangat mereka ini tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa itu 1 Malaysia. Klik sini.

Nasihat saya pada pemimpin-pemimpin parti PR, bila bercakap tentang apa-apa dasar yang melibatkan perpaduan kaum di Malaysia, janganlah selalu berburuk sangka dan suka mempolitikkan isu tersebut.

Berfikirlah secara matang. Belajarlah memahami dan menghormati  perbezaan  pendapat  di kalangan rakyat yang terdiri dari berbilang kaum.  Mungkin secara tidak sengaja mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza. Tidak semestinya mereka mesti bermusuhan sepanjang masa. Sebaliknya mereka mungkin boleh menjadi rakan kerja dan jiran yang baik di antara satu sama lain.

Susah senang semua kaum di Malaysia, biarlah mereka lalui bersama. Ini bukan perkara baru, tetapi sudah 53 tahun berlalu sejak negara kita keluar daripada cengkaman penjajah.

Sebagai pemimpin PR, belajarlah memahami ini semua. Janganlah menyusahkan rakyat dengan dasar-dasar yang boleh merenggangkan keharmonian dan perpaduan kaum.

Anggaplah semua itu sebagai cabaran untuk pemimpin PR  mencari dasar yang lebih baik dari parti pemerintah bagi menyatu-padukan kaum-kaum di Malaysia.

Ini adalah cabaran besar untuk kita semua tidak kiralah dari mana asal –usul kita.

Dan ianya bukanlah  kerana untuk 1 Melayu,  1 China, 1 India dan 1 yang lain, tetapi semestinya untuk kita 1 MALAYSIA…

3 comments:

Double Y said...

Salam.

Blog tuan saya pautkan di blog saya harap tuan dpt lakukan perkara yang sama

Terima kasih

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Anonymous said...

Nampak macam PR dah confuse mana satu hendak buat...

Ditelan mati mak diluah mati ayah..

Memang dahsyat pukulan 1 Malaysia nih.

Apa-apapun semuanya bergantung pada niat.

Nawaitu baik, baiklah. Kalau niat jahat...bila dah rasa salah macamtulah...baru nak patah balik...

So, siapa yang benar?

Anonymous said...

Orang yang rasa bersalah saja yang akan berhenti melakukan kesalahan mereka...

Bahaya mereka ini. Semuanya hendak tipu rakyat dan memecahbelahkan semua kaum.

Pasal larangan logo 1 Malaysia, ramai peniaga2 Cina, Melayu dan India bantah kerana sebagai peniaga, semuanya adalah pelanggan dan kawan..

Gila betul mereka yang tak faham perkara ini.

Menyusahkan rakyat saja....