Thursday, December 16, 2010

Minda Nik Aziz Bercelaru?


            Salam semua...
Saya rasa teramat sedih dengan kenyataan terbaru Nik Aziz yang menyifatkan perjuangan ketuanan Melayu sebagai satu usaha yang sia-sia.
Begitulah sombongnya Nik Aziz  kepada semua orang Melayu sekarang ini. Salam ukhuwah daripada orang-orang Melayu UMNO yang datangnya dari satu bangsa dan seagama, sanggup diperlekeh dan dipandang sinis olehnya. Sebaliknya, oleh kerana inginkan undi dari orang bukan Islam, beliau sanggup menyifatkan perjuangan ketuanan Melayu pula sebagai satu usaha yang sia-sia.
Bila bercakap tentang Ketuanan Melayu, Nik Aziz  sebenarnya perlu faham tentang  masalah sebenar yang telah menimpa orang-orang Melayu sekarang ini. Tak payahlah cakap pasal perkara-perkara lain, pertama-tama sekali beliau perlu tanya pada diri beliau sendiri adakah kriteria untuk melayakkan seseorang itu menjadi Tuan perlu menjadi Melayu terlebih dahulu?  
Pergilah ke mana-mana negeri di Malaysia ini tidak kiralah samada daripada kalangan Melayu, Cina, India atau bangsa-bangsa lain jadi, yang membezakan di antara gelaran Tuan / Ketua di antara mereka hanyalah pada ketinggian pangkat, pendidikan dan pengalaman yang mereka ada.
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri menggelarkan dirinya sebagai Tuan Lim Guan Eng padahal beliau sendiri bukanlah dari kalangan orang-orang Melayu.
Akan tetapi ada perkara pokok yang beliau perlu faham,  perbuatan menolak ketuanan Melayu seolah-olah menentang Perlembagaan Negara yang mengiktiraf kedudukan sebenar orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama di negara ini termasuklah Sultan Kelantan yang beliau sembah.
Berbekalkan dengan jawatan yang beliau pegang, takkanlah perkara yang sepenting ini beliau ingin tentang secara terang-terangan?
Jadi nasihat saya pada Nik Aziz, kalau beliau secara peribadi tidak berapa setuju maka, janganlah berterusan menyakiti hati semua orang-orang Melayu dengan kata-kata kurang ilmiah beliau yang boleh menjerumus kepada kecelaruan.
Saya juga setuju dengan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa Nik Aziz sebagai ulama sepatutnya tahu menilai setiap kenyataannya namun malangnya beliau hanya tahu menghamburkan kata-kata tanpa memikirkan kesannya terhadap kaum Melayu.
Keadaan ini juga menunjukkan bahawa beliau sebagai ulama tua yang berada di dalam kecelaruan minda tahap melampau sehingga sanggup menidakkan pendapat kebanyakan pengikutnya yang semuanya adalah terdiri daripada orang-orang Melayu itu sendiri.
            Teringat saya akan hujahan oleh Mufti Perak, Ustaz Harussani Zakaria dala   tulisannya di Mingguan             Malaysia pada 23/05/2010;
“Saya sangat risau dalam pertembungan aliran politik Melayu antara aliran Islamis dan nasionalis akan menjerumuskan mereka menggunakan pendekatan aliran falsafah Machiavelli iaitu matlamat menghalalkan sebarang cara (ends justify the means). Perkembangan mutakhir ini menjelmakan wajah-wajah Melayu yang lebih mesra dengan kehendak orang bukan Islam baik di pihak pemerintah mahupun pembangkang.
Kenyataan ini mungkin ditafsirkan sebagai asabiah oleh sesetengah pihak namun, saya berpegang kepada definisi asabiah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW menerusi hadis Baginda SAW: Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda saw: Tidak, tetapi asabiah adalah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya). Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiah lalu berkata: “Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)
Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah saw sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadis: “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan (Imam Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)”

1 comment:

Anonymous said...

Orang setaraf mufti pun kata berdasarkan hadis bahawa sayang bangsa melayu tu tidak apa asalkan membawa kepada kebaikan dan bukan kezaliman.

Ini bukan Asobiyah kata nabi...Nik Aziz terang2 tak sayangkan bangsanya...biarkan rakyatnya susah melarat....inilah yang nabi kata zalim dan dibenci nabi dan tuhan......

Nik aziz nih banyak sangat salahnya..dahlah tidak buat apa-apa untuk perpaduan islam tapi menyusahkan pula orang...

beliau patut insaffffFFFFFF.