Tuesday, December 07, 2010

Pemimpin Parti PKR DAN DAP Biadap?


 
Salam semua...

KENAPA AHLI-AHLI POLITIK BUKAN ISLAM DARI PAKATAN RAKYAT MASIH LAGI TIDAK MAHU FAHAM?





Artikel menarik yang disiarkan di dalam laman blog darulehsantoday.blogspot.com bertarikh 06/12/2010. Klik di sini
 
Sila Rujuk Pula Tentang Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.



Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan;

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. 
 
Seterusnya baca di sini.

Apa yang jelas di sini  seorang pemimpin wanita DAP dengan sombong tidak mahu memakai jubah yang disediakan oleh pihak masjid serta bertindak untuk cuba mengengkari arahan pegawai masjid...betul sepertimana kata tuan punya laman blog darulehsantoday  bahawa  itulah sebabnya kenapa Sultan Selangor menegah ahli-ahli politik dari menggunakan masjid untuk tujuan politik sempit mereka.

Yang hairannya, kenapa MB Selangor masih berdegil dengan arahan Tuanku Sultan? Walaupun kejadian itu berlaku di Masjid Negara, sepatutnya sebagai MB Selangor dan pemimpin negeri yang paling rapat dengan baginda Sultan, beliaulah orang pertama yang perlu menunjuk contoh ynag baik disamping  mendengar dan mematuhi arahan Tuanku Sultan!

Adakah beliau telah derhaka pada Sultan Selangor?  Kita tunggu reaksi Istana  Selangor seterusnya….

No comments: