Sunday, December 05, 2010

Mesej Berguna Dari Ultra Kiasu DAP....





azlishukri.blogspot.com, disiarkan hari ini bertajuk UMNO TIDAK TAHU GUNA PELURU. Klik di sini

Saya rasa terpanggil sekali lagi untuk memberi sedikit komen buat renungan kita semua.



Li Fook Gao ini sememangnya ultra kiasu DAP.  Seperti kebiasaan mana-mana ahli-ahli tegar DAP, beliau akan bersikap bias dengan hanya memberi tumpuan dan serangan terutamanya kepada UMNO dan orang Melayu sebagai musuh utama parti DAP?

Diperjelaskannya satu-persatu kelemahan UMNO ( pada pandangan beliau) supaya parti PAS, DAP dan PKR lebih bersedia mengatur strategi dan selebihnya mesej beliau menyeru orang ramai supaya membenci UMNO.

Di sebalik beliau berani menghuraikan isu-isu yang sudah kita tahu satu persatu, akan tetapi ada satu perkara yang saya rasa beliau kurang bijak atau mungkin itu adalah realiti  sebenar yang beliau ingin sampaikan kepada kita.

Walaupun seruan beliau ditujukan kepada part pakatan rakyat, tetapi persoalannya kenapa beliau hanya berani hentam dan lanyak UMNO sahaja? dan tidak pada MCA dan MIC?

Cuba rujuk balik tulisan beliau satu persatu seperti berikut:

“Serangan dari Umno:
1. PAS dan PKR menjual maruah dan kedudukan istimewa Melayu dengan menghumban konsep Ketuanan Melayu ciptaan Umno.
.
.
16. Isu liwat.
Serangan dari MCA, MIC dan sebagainya:”

Kenapa beliau bersikap prejudis pada UMNO dan orang Melayu sahaja? dan bila beliau beri komen tentang MCA dan MIC,  beliau cuma mampu  menghuraikan “ Serangan dari MCA, MIC dan sebagainya:” sebagainya lagu mana? kata orang Penang!

Kenapa beliau tidak mampu menghuraikan apa maknanya “dan sebagainya”?

Adakah beliau rasa parti MCA dan MIC bukan musuh mereka ? atau sememangnya tidak ada langsung isu-isu yang berbangkit di antara mereka dengan MCA dan MIC?

Perkara inilah yang patut kita beri perhatian kerana beliau secara tidak cerdik  dan secara langsung telah memberitahu kita tentang perkara yang sebenarnya berlaku selepas PRU12 yang lalu sehinggalah sekarang.





Apa yang pasti, mesej yang jelas dari artikel di atas adalah supaya pemimpin-pemimpin MCA dan MIC terus bersemangat dan terpaksa bekerja  keras untuk BN lebih-lebih lagilah selepas menghadiri konvensyen BN baru-baru ini…

Selamat berjuang….

No comments: