Tuesday, December 21, 2010

PAKATAN RAKYAT - ANGAN-ANGAN MAT JENIN...



Salam semua…

Dalam komentar yang lepas di bawah tajuk Pakatan Rakyat – Cakap Tak Serupa Bikin (klik sini.) penulis ada memberi contoh betapa tidak kompetennya kerajaan negeri di bawah DAP memerintah  negeri Pulau Pinang . Buktinya  hasil pelaburan negeri Pulau Pinang telah turun secara ketara sejak DAP mengambil-alih pemerintahan dari BN.

Begitu juga dengan 2 negeri lain yang diperintah oleh parti pakatan iaitulah kerajaan PAS Kedah dan Kelantan. Setelah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah, pada pengamatan penulis hala tuju mereka terhadap apa yang ingin disumbangkan kepada rakyat tidak jelas berbanding dengan misi dan visi yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa yang mereka janjikan iaitu ketelusan dan perubahan yang kononnya akan dibawa dan diterapkan dalam kepimpinan mereka juga tidak kelihatan.

Tidak seperti yang mereka uwar-uwarkan, kerajaan PAS Kedah sebenarnya tidak berada dalam kerangka sebuah pasukan mantap seperti yang diharapkan. Bukan kita kata BN langsung tiada masalah tetapi BN telah berubah ke arah lebih baik dengan menjanjikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat.
Secara mata kasar mungkin PAS tidak bermasalah dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mentadbir Kedah tetapi realitinya kedua-dua parti tersebut ada ketikanya tidak bersama dengan PAS. Ini bolehlah kita katakan berlakunya perpecahan.

Sekiranya dilihat dari kaca mata umum ada di antara mereka yang kecewa kerana apa yang dijanjikan tidak ditunaikan sebagai contoh peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan. Begitu juga dengan golongan petani yang sering berhadapan dengan masalah bekalan air.

Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang mantap seperti yang selalu mereka canaikan, mereka tidak boleh terlalu bergantung dengan Kerajaan Pusat sebaliknya mereka harus tunjukkan kemampuan bahawa mereka mampu memerintah. Maknanya kalau terlalu bergantung kepada Kerajaan Pusat lebih baik diberikan sahaja kuasa pemerintahan kepada BN. Contoh yang paling baik ialah ketika kerajaan PAS Kedah baru-baru ini menghadapi bencana banjir. Apa yang nyata kerajaan PAS Kedah di bawah pimpinan Azizan telah ternyata gagal mengatasi masalah bantuan kepada mangsa banjir secara sendirian.

Penulis berpendapat bahawa perbezaan yang nyata di antara pemerintahan kerajaan BN dan PAS  adalah kerajaan BN bekerja bukan sebab slogan sebaliknya mereka bekerja kerana rakyat. Berbanding dengan PAS yang hanya berpura-pura, jentera kerajaan BN di bawah DS Najib sanggup turun ke bawah dan mereka laksanakan apa yang telah mereka janjikan. Cuba buat perbandingan, berapa banyak bantuan yang BN berikan kepada bidang pendidikan Islam. Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga turut menerima bantuan daripada kerajaan BN. 

Penulis percaya selepas program pembangunan BN di Pulau Pinang,  banyak  program pembangunan kerajaan BN yang akan dilaksanakan di Kedah selepas ini. Oleh itu penulis harap jentera BN perlu lebih kerap turun ke bawah memberi penerangan kepada rakyat Kedah di peringkat akar umbi. Selepas banjir besar hari itu, penulis percaya rakyat Kedah sebenarnya sudah melupakan trauma kekalahan lalu, mereka sekarang sudah sedar dan mungkin ianya menjadi petanda awal yang cukup jelas bahawa sudah sampai masanya BN merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Kedah dari kerajaan PAS.

Perubahan pasti akan berlaku, penulis merayu supaya semua rakyat melihat masa depan bukan tentang apa yang bakal berlaku di Kedah tetapi turut mengambil kira di negeri-negeri jiran yang lain seperti di Pulau Pinang.

Selain kerajaan PAS Kedah, penulis melihat  kerajaan PAS Kelantan juga amat mundur jika tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat. Sebagai hujahan selanjutnya, penulis ingin berkongsi pandangan melalui satu artikel yang penulis ambil dari Utusan Online bertarikh 21/12/2010.

KOTA BHARU - Kelantan terus mencatatkan peningkatan kadar kemiskinan dan ibu tunggal pada setiap tahun berikutan meningkatnya jumlah penduduk serta kos sara hidup yang semakin tinggi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohamed Noor Chik berkata, pada tahun ini jabatan merekodkan sebanyak 30,751 penerima bantuan berbanding 26,099 penerima tahun lepas, menjadikan Kelantan negeri kedua tertinggi mencatatkan bilangan penerima.

"Faktor utama peningkatan kadar kemiskinan kerana kenaikan harga petroleum hingga menyebabkan harga barang naik sekali gus meningkatkan perbelanjaan sara hidup keluarga," katanya.
Mohamed Noor berkata, disebabkan peningkatan jumlah penerima bantuan itu, kerajaan membelanjakan RM70 juta sepanjang tahun ini dengan purata kira-kira RM6.5 juta pada setiap bulan.

"Perbelanjaan itu meningkat sebanyak RM55 juta berbanding tahun lalu," katanya.
Jumlah terbesar penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal iaitu hampir 10,000 orang manakala bakinya adalah golongan miskin serta kurang upaya. Pendapatan isi rumah di bawah paras kemiskinan kini ditetapkan sebanyak RM720 sebulan. - Bernama

Buktinya telah jelas iaitu selama beberapa tahun parti pakatan rakyat memerintah, mereka telah gagal berfungsi dengan baik, apa lagi dalam konteks membantu rakyat dalam pendidikan dan agama, semuanya masih tidak jelas dan tiada perancangan khusus. 

Jadi, penulis ingin memberi teguran pada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad supaya tidak perlu membuat apa-apa cabaran  kepada pemimpin-pemimpin BN supaya memberi peluang kepada pakatan rakyat untuk memerintah 100 hari.

Contoh-contoh kegagalan kerajaan pakatan rakyat di atas sudah cukup untuk membuktikan janji-janji kerajaan pakatan rakyat adalah janji palsu atau angan-angan Mat Jenin.

3 comments:

Anonymous said...

Salam bro..

PR nih luar saja nampak ok tapi di dalamnya penuh dengan agenda masing2...

Yang rugi nanti adalah semua rakyat...ditipu oleh penipu2 professional dan pak2 sanggup bongokkk...PAS hampeeeeh.

Anonymous said...

PAS unta tunggangan DAP. Badan saja besar tapi realitinya kena cucok hidong macam kerbau balar.

Besar nampak kuat tapi otak dungu lagi merapu...

KL BOYZ said...

Salam Perjuangan...Harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..
Terima Kasih...
http://klboyzwangsa.blogspot.com