Sunday, March 20, 2011

PENULIS HARAKAH, MOHD RASHIDI HASSAN CUBA BELA DS ANUAR …TAPI, AKHIRNYA TERKANTOI PASAL DNA….


Salam semua…
Penulis Harakah, Mohd Rashidi Hassan cuba bela DS Anuar …tapi, akhirnya terkantoi pasal DNA. Ikuti tulisannya:
SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.
Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.
Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui  Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.
Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.
Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.
Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.
Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.
Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.
Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?
Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.
Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?
Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?
Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.
Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.
Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?
Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.
Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?
Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.
Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?
Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.
Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).
Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.
Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.
Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.
Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?
Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.
Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?
Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.
Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.
Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.
Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.
Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.
Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.
Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.-Harakah
Ulasan Penulis:
Penulis tidak mahu mengulas tentang tuduhan melulu tanpa sebarang fakta kukuh ke atas DS Najib dan DS Rosmah oleh penulis Harakah di atas. Tetapi, apa yang penulis hairan, dalam banyak perkara yang beliau ulas, satu fakta penting mahkamah atau isu utama kes ini yang menceritakan siapakah lelaki “Y” sebenarnya, tidak dihurai langsung oleh penulis Harakah tersebut:
Cuba baca keterangan fakta yang diambil daripada mahkamah tempohari:
Seorang ahli kimia memberitahu bahawa profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada sebatang berus gigi, tuala kecil dan botol air mineral ( yang telah digunakan oleh DS Anuar semasa di dalam tahanan sementara) yang diterimanya adalah sepadan dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di bahagian dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Nor Aidora Saedon, 38, yang juga Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008 berkata, ini menunjukkan bahawa kedua- dua profil DNA tersebut iaitu pada barang berkenaan dan Lelaki Y datang daripada sumber sama.
Menurutnya, kesepadanan itu diperoleh setelah beliau membandingkan profil DNA melalui calitan putik kapas pada barang-barang tersebut dengan profil DNA Lelaki Y dalam laporan yang disediakan oleh seorang lagi ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong.
"Saya telah diminta untuk membandingkan keputusan saya dengan laporan yang dibuat oleh Dr. Seah (Lay Hong). Saya memperoleh salinan laporan Dr. Seah daripada Ketua Seksyen Divisyen DNA, Lim Kong Boon.
"Selepas membandingkan profil DNA saya dengan laporan profil DNA Dr. Seah, saya mendapati bahawa DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan penyumbang DNA yang tidak dikenal pasti Male Y (Lelaki Y).
"Ini menunjukkan bahawa profil DNA itu datang daripada sumber yang sama,'' katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Lay Hong dalam keterangannya di mahkamah pada minggu lalu menyatakan bahawa profil DNA Lelaki Y ditemui pada bahagian atas dan bawah salur dubur serta perianal (permukaan dubur) Mohd. Saiful Bukhari.
Dalam keterangannya, Nor Aidora memberitahu, perbandingan yang dibuat pada Short Tandem Repeats (STR) dalam loci profil DNA yang ditemuinya juga didapati menyerupai STR profil DNA dalam laporan kimia Lay Hong.
Menurutnya, untuk mendapatkan profil DNA tersebut, beliau telah melakukan calitan putik kapas pada bahagian berus dan pemegang berus gigi tersebut manakala calitan pada tuala dilakukan pada empat bahagian berasingan.
Sementara pada botol air mineral, calitan putik kapas dibuat pada bahagian pemegang dan di bahagian dalam serta luar mulut botol tersebut, katanya.
"Dalam kes ini, profil DNA berjaya ditemui pada calitan putik kapas pada berus gigi, tuala dan botol tetapi tidak pada dua helai bulu tersebut,'' katanya.
Menurut Nor Aidora yang berkhidmat sebagai ahli kimia sejak 1998, beliau menjalankan analisis DNA ke atas calitan putik kapas itu pada 19 Julai 2008 sebelum selesai dua hari kemudiannya manakala laporan analisis diserahkan pada 22 Julai 2008.
Dalam keterangannya, saksi pendakwa keenam itu turut menjelaskan mengenai bagaimana analisis DNA yang dilakukan melalui kaedah tindak balas rantaian polimerase (PCR) dan keunikan DNA iaitu setiap individu tidak akan mempunyai profil DNA yang sama kecuali bagi kembar seiras.
Jelas ahli kimia itu yang telah membuat analisis ke atas lebih 100,000 sampel DNA, padanan antara kedua-dua sampel DNA itu juga diperoleh setelah beliau membuat pengiraan statistik ke atas kebarangkalian padanan berdasarkan kepada pangkalan data populasi tiga kaum utama di negara ini.
Menurutnya, kebarangkalian profil DNA itu mempunyai padanan adalah pada kadar 1 nisbah 470 quintillion (470 x 10 kuasa 18) bagi kaum Melayu, 1: 52 quintilion (Cina) dan 1: 210 quantilion (India).
P/S - Walaupun bukti-bukti DNA di atas telah ditolak oleh mahkamah kerana cara pengambilan barang bukti di atas katanya tidak sah.
Maknanya, untuk menjadikan ianya sah dan adil, bukti DNA mestilah diberikan oleh DS Anuar secara sukarela. Walaubagaimanapun, semua orang tahu bahawa DS Anuar  takut untuk berbuat demikian.
Perkara ini langsung tidak diulas oleh penulis Harakah di atas. Bahagian terpenting ini adalah klimaks kepada kes liwat Saiful. Jadi, penulis Harakah di atas sebenarnya cuba berbohong kepada kita semua…
Logik akal, takkanlah air mani lelaki “Y”  yang  ditemui pada bahagian atas dan bawah salur dubur serta perianal (permukaan dubur) Mohd. Saiful Bukhari, telah dengan sengaja diletakkan oleh orang lain …siapa yang liwat siapa itulah isu pokoknya dalam kes ini…..hanya DNA Anuar sahaja boleh menceritakan segala-galanya….berani kerana benar, takut kerana salah!!!!.


5 comments:

Anonymous said...

Penulis putar belit...naluri minat jubur ni hanya ada pada orang tertentu sahaja, kalau orang yang bukan suka jubur kalau hang bagi umpan jubur kepada dia tentu dia bagi penendang punya...jadi kalau betul umpan telah mengena tentulah orang yang diumpan itu adalah seorang penjubur he he...ada dapat tangkap saya punya cakap...

Salam semua... said...

Saudara Anon March 20, 2011 9:49 PM,

Betul kata anda. Hanya pengamal gay sahaja yang suka benda ini. Itulah sebabnya Penulis kata saudara Mohd Rashidi Hassan terkantoi kerana beliau ingat semua orang suka kepada perkara yang jijik tersebut.

Rupanya beliau secara tidak sedar mengiyakan perbuatan tersebut. Soal kena perangkap ke, tidak itu lain cerita.

Liwat tetap liwat...Hanya individu gay yang akan berusaha cari pasangannya dan itulah isu yang sebenarnya...

Terima kasih di atas sokongan anda.

Anonymous said...

Kah sampel dna tak masuk dalam peti sejuk kompius jugak aku dna kat tilam di tivoli villa bertahun-tahun masih boleh dirujuk dna siapa...nak spin pun bio le real sikit...kah kah kah

Wau Janak said...

Pencabar mencabar. yg dicabar sahut cabaran.
namun pelik, knp pencabar takut sahut cabaran???!!!
sedang pencabar punya moto
Lawan tetap lawan. tapi kenapa pencabar tetap juga takut sahut cabaran???!!!
jwpnnya cuma satu;
Takut Kerana SALAH!

usin said...

salah satu dari berikut adalah benar ttg penulis harakah tersebut. 1. beliau cuba memahami fakta mahkamah yg begitu memeningkan kerana fakta yang terlalu teknikal. ini memaksa beliau menjadi tidak faham (BONGOK) berkaitan fakta kerana beliau bukan peguam. 2. beliau sengaja memesongkan fakta untuk kelihatan begitu faham soal teknikal mahkamah. beliau ingin dilihat lebih mahir bermain teknikal mahkamah berbanding karpal sendiri. beliau berbohong untuk kelihatan cerdik. disini beliau kantoi seperti kantoinya gambar umi hafilda menunjukkan isyarat jari hantu tempohari. kalau yg kedua benar maka harakah sudah boleh diupgred menjadi HARAMJADAH.