Friday, March 04, 2011

PECAH BELAH UMAT ISLAM – “TIDAK TIMBUL MASALAH JIKA SAYA MENGGUNAKAN PENDEKATAN ITU DALAM MANA-MANA KEMPEN PILIHAN PILIHAN RAYA,” KATA NIK AZIZ…




Salam semua…
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kenyataan politiknya ketika berkempen dalam pilihan raya boleh menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah belah.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata dalam perjuangannya mempertahankan parti terdapat kenyataan dikeluarkan beliau akan menyebabkan ada pihak yang menyokong kenyataannya dan ada pihak yang menentang pandangannya.
“Malah, isu pecah belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dan Nabi Adam (A.S) lagi,” katanya semasa menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu, di sini hari ini.
Nik Aziz (gambar) pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwanya sendiri ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) adalah golongan Jahiliyah kerana mereka menolak Pas, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Berikutan kenyataan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Nik Aziz hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam.
Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan itu menyatakan bahawa tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menegur kenyataan Nik Aziz menghukum pengundi yang tidak menyokong Umno atau BN dalam pilihan raya akan masuk neraka manakala mereka yang mengundi PAS akan masuk syurga kerana pandangan sedemikian memesongkan akidah umat Islam.
Nik Aziz berkata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal haram dalam memilih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tindakannya itu ditegur oleh alim-ulama negara ini.
“Pendekatan itu kalau dalam agama dipanggil dakwah dan dalam politik pilihan raya dipanggil berkempen, jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendekatan itu dalam mana-mana kempen pilihan pilihan raya,” katanya. — Bernama
P/S – Penulis tak mahu komen apa-apa lagi bila Nik Aziz sanggup kata “ isu pecah belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dan Nabi Adam (A.S) lagi,”
jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendekatan itu dalam mana-mana kempen pilihan pilihan raya,”
Dua kenyataan ini sudah cukup jelas tentang ketidak warasan Nik Aziz dalam memimpin umat. Pemimpin semacam inikah yang perlu kita ikut? Negara Malaysia dan semua umat Islam akan hancur sekelip mata kalau memepunyai pemimpin seperti Nik Aziz. …

2 comments:

vulcan933 said...

haji nik ajis is stupid idiot,he doesnt know what he is talking about.illiterate old man.cession

Anonymous said...

natte gilo nak mampus sungguh org tua nyanyuk gila babi nih.....mampuh la mu cepat...