Thursday, February 16, 2012

NIK AZIZ TIDAK BOLEH BERSIKAP ‘DOUBLE STANDARD’ BILA MENYENTUH SOAL KEJUJURAN DS ANUAR….



Salam semua®…

Pas perlu membuktikan keikhlasan parti itu memperjuang hak Palestin dengan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana jelas perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel adalah haram seperti yang ditegaskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Anwar menarik balik kenyataannya dan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) tidak mencukupi untuk membuktikan keikhlasan Pas mempertahan perjuangan Palestin.

Menurutnya, desakan Nik Abdul Aziz itu tidak lebih sekadar sandiwara politik jika parti tersebut masih mahu bersama dengan PKR dan pakatan pembangkang sedangkan Anwar secara terbuka menyokong keselamatan Israel, sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Pas dan perjuangan umat Islam seluruh dunia.

“Desakan ini perlu disusuli dengan tindakan meninggalkan PKR dan pembangkang dengan segera jika Pas bukan bersandiwara kerana kita melihat Pas hanya sekarang membuka mulut dalam isu sokongan Anwar terhadap keselamatan Israel ini, kenapa selama ini diam kalau Pas benar-benar ikhlas mempertahan Palestin.

“Saya percaya tindakan Nik Abdul Aziz ini lebih kepada kepentingan politik kerana beliau menyedari Pas kini berada dalam situasi yang cukup negatif ekoran kenyataan Anwar, sebab itu baru sekarang mereka berani bersuara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mursyidul Am Pas itu dalam satu kenyataan yang dianggap paling keras setakat ini mendesak Anwar menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan turut meminta ketua pembangkang itu menyaman WSJ sekiranya kenyataannya diputar-belitkan.

Beberapa hari lalu pula, Abdul Hadi menegaskan Pas menolak penyelesaian dua negara kerana haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan Israel, selain telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela dan membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd. Zahid tidak menolak kemungkinan Anwar akan menemui Nik Abdul Aziz dalam masa terdekat ini bagi menyelesaikan isu tersebut dan sebaik sahaja pertemuan itu berlangsung, kedua-dua tokoh pembangkang berkenaan akan menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

“Berdasarkan pengalaman lalu itulah taktik Anwar setiap kali beliau tersepit. Saya percaya selepas bertemu dengan Nik Abdul Aziz, isu Anwar menyokong keselamatan Israel tidak akan timbul lagi sebaliknya yang akan dituduh selepas ini adalah UMNO, kononnya semua ini adalah fitnah UMNO,” dakwanya.-Utusan.

P/S – Penulis berpendapat, PAS perlu menilai semula kerjasama politik mereka dengan PKR. Kalaulah Nik Aziz sekarang ini nampaknya lebih berani  sampai sanggup mendesak agar DS Anwar membuat kenyataan terbuka dan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) (kerana mengeluarkan kenyataan beliau) bagi membuktikan KEIKHLASAN DS ANUAR dalam mempertahankan perjuangan Palestin, maka desakan yang sama juga perlu dilakukan oleh Nik Aziz supaya DS Anuar menyaman individu seperti  Ezam Mohd Nor, Datuk S Nalakaruppan, YB Zulkifi Noordin, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, TS Rahim Thamby Chik dan  Ummi Hafilda Ali bagi membuktikan ketidak benaran dalam beberapa siri pendedahan dan pembongkaran mereka atas salah laku moral DS Anuar seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Soal kejujuran dan keikhlasan adalah penting bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Nik Aziz perlu konsisten dalam tindakannya dan tidak perlu memilih-milih isu atau bersikap ‘double standard’ bila berhadapan dengan isu-isu yang  berbangkit.

Sebagai bekas Perdana Menteri yang betul-betul masak dengan kelakuan DS Anuar, Tun Dr Mahathir dalam berita Utusan hari ini juga sebagai berkata, “Anwar juga merupakan individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja.

''Kalau dengan orang Cina, dia (Anwar) jadi orang Cina, kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama.

''Bila dengan Israel, dia menyokong Israel," 


Dalam satu temuramah dengan pihak Utusan dahulu Datuk S Nalakaruppan pernah sebagai berkata, “Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality. Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya).

Datuk S Nalakaruppan seterusnya berkata, “Bagi saya apa saja yang dikatakan atau keluar dari mulutnya adalah temberang. Saya pernah berkawan rapat dengannya dan saya tahu. Bila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, dia boleh twist and talk bila-bila masa seperti sesumpah. Lidahnya sangat bercabang Dia boleh kata buah epal yang dipegangnya adalah buah oren”.

Renung-renungkanlah……sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga…..

lannkb

No comments: