Sunday, February 12, 2012

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 DAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) RM500 AKAN DITERUSKAN TIAP-TIAP TAHUN?.....



Salam semua®…
Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.

"Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan.

Terdahulu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merasmikan program seminar transformasi keusahawanan Mara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafie berkata bantuan yang diberikan kerajaan itu tidak mengira kaum sebagai usaha membantu rakyat golongan miskin.

"Ini (bantuan) bukan bermotifkan politik, kita beri bantuan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Lagipun duit kerajaan mencukup untuk biayai skim ini,” katanya. — BERNAMA

P/S – Mesej penulis dalam entri semalam sedikit sebanyak  mendapat perhatian daripada kerajaan. Terima kasih banyak. Ternyata kerajaan BN amat berhemah dan berkeupayaan berbuat demikian.

Malah, penulis percaya kerajaan BN boleh beri lebih dari itu jika semua rakyat bekerjasama dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan BN.

Ianya juga memberi tamparan hebat kepada pemimpin parti pembangkang yang selama ini memandang rendah atas keupayaan dan kemampuan kerajaan di bawah DS Najib.

No comments: