Wednesday, February 15, 2012

Isu menjaga keselamatan negara Israel: "Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," – kata Nik Aziz.

 
Salam semua®…

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Beliau berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

"Kalau dia (Anwar) hendak berjumpa (saya) tidak ada apa, kami cukup sokong orang yang duduk atas kebenaran, tidak merasa gerun.

"Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan wakil-wakil agama di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal propembangkang yang memetik sumber dalaman PKR bahawa Anwar akan bertemu dengan beliau untuk menjelaskan isu Israel itu.

Malam tadi, Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan mendesak Anwar supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam WSJ baru-baru ini.

Pas turut meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Desakan tersebut dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur kelmarin.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sehingga kini beliau masih belum dihubungi pemimpin tertinggi PKR mengenai pertemuan itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah tindakan Pas sekiranya Anwar masih tidak menarik balik kenyataan tersebut atau pun menyaman WSJ, beliau berkata: "Tidak apa biar begitu dulu, kalau tidak tarik balik itu masalah kemudian."

P/S – Sehingga kini, DS Anuar seolah-olah takut untuk membalas kenyataannya yang menuduh media dan UMNO sengaja memutar belitkan kenyataannya.

Tidak perlu berdolak-dalik lagi, beliau sepatutnya berani tampil dan membuat kenyataan secara terbuka bagi menyatakan pendirian sebenar dan sokongan beliau  atas isu menjaga keselamatan negara Israel.  

Beliau sekarang ini dilihat sudah terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Dalam pada itu,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (DS Najib) semalam menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya yang didakwa berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu Palestin-Israel.

DS Najib seterusnya berkata, “kita harus konsisten kerana apa yang kita cakap, walaupun di Bachok atau Jerantut, ia boleh dilaporkan ke seluruh dunia.”

Khabarnya pihak berkuasa Palestin juga berasa amat kecewa berhubung kenyataan DS Anwar mengenai Israel itu. Malah, rakyat Palestin sendiri keliru dan bimbang setelah Anwar membuat kenyataan kepada WSJ bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Jadi, sebagai seorang pemimpin parti politik yang kononnya akan dilantik sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, DS Anuar perlu berani menyahut cabaran yang dibuat oleh Nik Aziz ini.

Kegagalan DS Anuar menyahut cabaran tersebut, akan sendirinya mendedahkan kelakuan DS Anuar sebenarnya. 


No comments: