Salam semua®…
Injil inilah yang meramalkan kedatangan Muhammad.
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of
Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di
akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian
bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.
Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat
beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of
Barnabas’ itu.
Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa
ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500
tahun.
Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang
lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas
permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap
pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang
kedatangan Ahmad (Muhammad saw).
Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah
diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran
untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah
Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah
swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian
terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.
Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as
tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat
oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan
ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.
Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah
menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau
ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh
pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa
ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.
Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga
40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).
Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada
pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini
tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang
bermaksud,
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri
al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal
anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka
menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”
Surah al Baqarah ayat 146
P/S –Terasa betapa kerdilnya
manusia ini. Kalam Allah telah mengatakan yang sebenarnya beribu-ribu tahun
terdahulu melangkaui logik akal manusia. Fikir-fikirkanlah…..
1 comment:
Alhamdulillah. Usul yang telah menunjukkan asal. Kalau sudah dinamakan kebenaran, walaupun lambat beribu tahun, ianya tetap akan tegak berdiri.
Post a Comment