Salam semua®…
Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan
untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu
hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat
negara ini.
"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu
pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila
masa saja.
"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi
segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang
India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.
"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah
menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan
tak ada faedah (berdebat)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib
berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek
berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.
Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu,
katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi
sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.
"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi
kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan
kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.
"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat
Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan
Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama
Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang
tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap
rasis.
"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia
apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.
"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap
mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung
mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.
Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang
Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar
direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.
"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak
rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.-Utusan
Komen Penulis.
Penulis rasa amat hairanlah sejak dua atau tiga hari ini, tiba-tiba
saja isu perdebatan ini kembali hangat
diperkatakan lebih-lebih lagilah di kalangan pimpinan PKR. Kenapa ye? Tidak cukup
lagikah peluang yang mereka perolehi untuk
mereka berbahas dengan panjang lebar dan berdebat di Parlimen ?.
Tidak payahlah dok cabar-mencabar untuk berdebat di luar Parlimen
pula. Apa yang penulis lihat mandat
daripada rakyat untuk mereka berbahas di Parlimen ternyata gagal dibawa dengan
baik oleh mereka sebagai parti pembangkang yang berwibawa.
Sebenarnya desakan demi desakan supaya diadakan debat di antara DS Najib dan DS Anuar adalah retorik politik mereka semata-mata.
Kalau kita lihat, langsung tidak ada idea-idea yang bermutu setanding idea pelan transformasi
kerajaan (GTP) seperti yang dibawa oleh DS Najib sekarang.
Sekadar hanya pandai berbahas dan berdebat di kalangan pemimpin PR sahaja tidak membawa
banyak erti jika mereka dilihat gagal membawa kemakmuran ke atas negeri yang
dibawah pemerintahan mereka.
Pandai cakap mestilah serupa bikin dan bukannya cakap tak serupa bikin.
Kalaulah nawaitu untuk berdebat semata-mata hendak tunjuk ‘terror’
atau menonjolkan karisma diri, tidak payahlah kerana hanya membuang masa.
Malaysia tidak memerlukan pemimpin-pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja.
Apa macam, ada faham ke? ...
4 comments:
Kenapa Anwar ni nak sangat berdebat dengan orang lain.
Dia sendiri pun tak berani nak bersumpah banyak sangat alasan.
Cukup2lah tak perlu nak layan orang yang dah celaru hidupnya.
Setiap tutur katanya adalah penuh dengan putar belit.
Kalau tak layan pun rakyat kebayakan dah faham dengan agenda orang ini dan kumpulannya.
dengan orang lain pun dia takut nak berdebat..sibok nak berdebat dengan PM kita pulak..
soh dia debat dengan umi hafilda la...gerenti telo dia hilang terus..hehe
Tidak perlu perdebatan antara
Anuar dan Dato Seri Najib kerana bukan setaraf kerana Anuar hanyalah penasihat parti Keadilan manakala Dato Seri Najib adalah seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Presiden mesti dengan Presiden la.
Yang aku muskil ialah apabila Si Mahfuz pon minta perkara yang sama. Kenapa Mahfuz tidak menawatkan diri untuk berdebat dengan sesiapa saja dalam UMNO.
Kalau boleh aku nak tengok MB kedah berdepat dengan sesiapa saja dalam UMNO.
Warga Segelum Merdeka
DSAI skrg ni dah nampak popularitinya semakin tenat. Semakin ramai yg menjauhinya serta parti PKR nya. Untuk kembali popular serta mengajak rakyat negara ini supaya sedar bahawa dia masih ujud, maka salah satu caranya adalah mengajak PM berdebat. Biasalah, bila ada apa-apa program yg melibatkan DS Najib yg sedang meningkat kepopularitiannya itu, maka harapan besar DSAI agar dapat sedikit liputan media walaupun tidak sehebat DS Najib.
Post a Comment