Tuesday, February 21, 2012

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.” – Tun Mahathir



Salam semua®…

Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.

"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.

"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.

"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.

"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap rasis.

"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.

"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.

Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.

"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.-Utusan

Komen Penulis.
Penulis rasa amat hairanlah sejak dua atau tiga hari ini, tiba-tiba saja isu  perdebatan ini kembali hangat diperkatakan lebih-lebih lagilah di kalangan pimpinan PKR. Kenapa ye? Tidak cukup lagikah peluang yang mereka perolehi untuk  mereka berbahas dengan panjang lebar dan berdebat di Parlimen ?.
Tidak payahlah dok cabar-mencabar untuk berdebat di luar Parlimen pula.  Apa yang penulis lihat mandat daripada rakyat untuk mereka berbahas di Parlimen ternyata gagal dibawa dengan baik oleh mereka sebagai parti pembangkang yang berwibawa. 
Sebenarnya desakan demi desakan supaya diadakan debat di antara DS Najib dan DS Anuar adalah retorik politik mereka semata-mata. 
Kalau kita lihat, langsung tidak ada idea-idea yang bermutu setanding idea pelan transformasi kerajaan (GTP) seperti yang dibawa oleh DS Najib sekarang. 
Sekadar hanya pandai berbahas dan berdebat  di kalangan pemimpin PR sahaja tidak membawa banyak erti jika mereka dilihat gagal membawa kemakmuran ke atas negeri yang dibawah pemerintahan mereka.  
Pandai cakap mestilah serupa bikin dan bukannya cakap tak serupa bikin.
Kalaulah nawaitu untuk berdebat semata-mata hendak tunjuk ‘terror’ atau menonjolkan karisma diri, tidak payahlah kerana hanya membuang masa.
Malaysia tidak memerlukan pemimpin-pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja.
Apa macam, ada faham ke? ...

4 comments:

Khatib Koyan said...

Kenapa Anwar ni nak sangat berdebat dengan orang lain.

Dia sendiri pun tak berani nak bersumpah banyak sangat alasan.

Cukup2lah tak perlu nak layan orang yang dah celaru hidupnya.

Setiap tutur katanya adalah penuh dengan putar belit.

Kalau tak layan pun rakyat kebayakan dah faham dengan agenda orang ini dan kumpulannya.

Anonymous said...

dengan orang lain pun dia takut nak berdebat..sibok nak berdebat dengan PM kita pulak..

soh dia debat dengan umi hafilda la...gerenti telo dia hilang terus..hehe

Anonymous said...

Tidak perlu perdebatan antara
Anuar dan Dato Seri Najib kerana bukan setaraf kerana Anuar hanyalah penasihat parti Keadilan manakala Dato Seri Najib adalah seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Presiden mesti dengan Presiden la.

Yang aku muskil ialah apabila Si Mahfuz pon minta perkara yang sama. Kenapa Mahfuz tidak menawatkan diri untuk berdebat dengan sesiapa saja dalam UMNO.

Kalau boleh aku nak tengok MB kedah berdepat dengan sesiapa saja dalam UMNO.

Warga Segelum Merdeka

Anonymous said...

DSAI skrg ni dah nampak popularitinya semakin tenat. Semakin ramai yg menjauhinya serta parti PKR nya. Untuk kembali popular serta mengajak rakyat negara ini supaya sedar bahawa dia masih ujud, maka salah satu caranya adalah mengajak PM berdebat. Biasalah, bila ada apa-apa program yg melibatkan DS Najib yg sedang meningkat kepopularitiannya itu, maka harapan besar DSAI agar dapat sedikit liputan media walaupun tidak sehebat DS Najib.