Thursday, January 13, 2011

SURVIVAL POLITIK YANG SAMA – ELOKLAH KJ DAN ANUAR BERDEBAT!



Salam semua…

Penulis rasa tak perlulah DS Najib melayan cabaran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berdebat dengannya mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat. Sebagai ketua panglima perang yang terkuat ketika ini, takkanlah seorang ketua seperti DS Najib nak berdebat dengan orang yang tak setaraf dengannya.

Penulis bukannya taksub sangat kepada DS Najib. Setidak-tidaknya  DS Anuar kenalah berdebat dengan orang bawahan DS Najib dulu. Yang terbaik bagi penulis ketika ini  adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ).

Secara tidak langsung, kedua-duanya mempunyai persamaan tersendiri:

1.Mahir berpidato.
2.Bekas dan penyandang jawatan Pemuda  UMNO sekarang ini.
3.Di penghujung karier politik.

Khabarnya KJ sudah mula mencabar DS Anuar melalui tweet terbarunya. Kita tengok apa yang akan terjadi dalam episod  berikutnya…

Ikuti paparan sebahagian berita tentang tweet di antara KJ dan DS Anuar  yang penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 12/01/2011 (Klik  di sini. ).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini terus mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menerima cabarannya untuk berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat yang dilabelnya 'tidak realistik'.

Mengulangi nada yang sama seperti Datuk Seri Najib Razak - Khairy berkata tidak ada keperluan bagi perdana menteri untuk 'membuang masa' berdebat dengan Anwar.

“Saya baca di Twitter, seorang penyokongnya berkata 'siapa awak untuk mencabar Anwar'... Saya seorang MP, dia juga seorang MP. Saya dipilih oleh parti saya, tetapi dia pula tidak dipilih oleh partinya,” kata Khairy pada sidang media Pameran Pekerjaan Pemuda BN 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Semalam, Anwar mencabar Najib supaya berdebat bagi mempertahankan program pembaharuan 100 hari itu yang didakwa BN akan mengheret negara ke arah kehancuran seperti Greece jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Khairy adalah yang pertama memberikan reaksi apabila Anwar melontarkan cabaran berdebat itu dengan membalasnya di Twitter.

“Hanya itu sahaja, tuan? Tweet semula kata-kata orang lain. Awak dan saya, Dato' Seri. Mengenai ekonomi. Jom berdebat,” tulisnya.


1 comment:

KL BOYZ said...

baru betul kena buku dengan ruas...
Sama title mereka ni...sama-sama hebat...!!!