Sunday, January 16, 2011

KALAU PAS MEMERINTAH LU PUNYA BARANG KENA POTONGLAH (DISUNATKAN) – NIK AZIZ TUDUH UMNO KATA?



Salam semua…

Petikan sebahagian daripada kata-kata menarik daripada Nik Aziz yang tidak dilapurkan oleh kebanyakan wartawan  kecuali The Malaysian Insider sebagai menjawab soalan pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar di Kuala Lumpur malam tadi;

1. “ Orang bukan Melayu di Kelantan tidak lagi takut akan Islam kerana pentadbiran berjaya menerangkan maksud Islam yang sebenar.

“Kita tiada beza antara Melayu, Cina dan India, kita juga ada buat masjid yang macam tokong di Rantau Panjang.

“Kita tidak ikut masjid dari Mekah tapi kita ikut masjid dari Cina kerana tak mahu bezakan kemelayuan dan kecinaan.

“Dulu Umno kata kalau PAS memerintah lu punya barang kena potonglah (disunatkan)... takut Cina. Sekarang tidak, banyak perkara yang kita dah buat di Kelantan,” kata Nik Aziz.

2. “Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.

“Tetapi pada konvensyen Pakatan (di Pulau Pinang) DAP sudah berubah, mereka terima (pendirian dasar PAS)... Karpal Singh sudah tidak kata langkah mayat saya (Karpal),” kata Nik Aziz secara berseloroh menjawab soalan pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar di sini malam tadi.

Penulis tidak mahu komen banyak-banyak tentang  Nik Aziz ni kerana banyak cakap-cakapnya sejak kebelakang ini ke arah menyempitkan lagi pemikiran dan kefahaman kita tentang Islam. Biarlah pembaca sendiri menilainya samada kenyataannya itu sebagai seloroh  atau beliau sebenarnya yang syok sendiri.

Walaubagaimanapun, sebagai bahan bacaan untuk menambah pengetahuan tentang perangai ulama yang bernama Nik Aziz ini, Penulis paparkan di bawah ini kenyataan penuh daripada Nik Aziz kepada The Malaysian Insider seperti  yang disiarkan oleh mereka pada 16/01/2011. 

Berita sepenuhnya klik di sini.   .


No comments: