Monday, January 17, 2011

PAS PARTI PAK TURUT YANG TEGAR ?




 Salam semua…

Seperti yang diduga,  suara PAS dalam pakatan rakyat umpama buih-buih kecil yang terapung di lautan. Mereka akan hanyut dan terus hanyut dek pukulan ombak  DAP yang ganas. Orang ramai melihat PAS bukanlah sebagai pejuang Islam tulen bagi memertabatkan hukum-hukum Allah. Sebaliknya mereka dilihat sebagai pak turut  tegar yang  hanya boleh mengangguk dan menurut arahan-arahan DAP.

Di mana silapnya PAS ini? Islam pada logo “PAS” tidak membawa apa-apa makna kalau mereka sentiasa dilihat sebagai parti yang dayus dan lembik bila berhadapan dengan parti DAP. Dalam banyak hal, mereka terkulai dalam permainan politik licik DAP.

Ikuti luahan rasa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin seperti yang dilapurkan oleh Utusan Malaysia Online bertarikh 17/01/2011 (Klik  di sini   ).

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia tumpas sekali lagi kepada DAP dalam isu arak di Selangor.

Ia berikutan tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melalui exconya, Ronnie Liu membatalkan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang orang Islam berkerja di premis menjual minuman keras dengan alasan tidak adil.

Menurut Zulkifli, larangan tersebut meskipun disokong Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali tetapi, ternyata DAP lebih berkuasa mempengaruhi kerajaan negeri.

Malah, lebih malang katanya, terdapat segelintir pemimpin Pas Selangor yang sanggup bersekongkol dengan menyokong langkah Ronnie semata-mata mahu membodek DAP apabila turut mendakwa, prosedur tindakan yang diambil MPSJ salah serta tidak Islamik.

“Nampaknya Pas tumpas lagi, pendirian Hassan dan Pas Selangor dalam isu arak langsung tidak dihormati oleh kerajaan negeri walaupun tindakan yang diambil itu bertujuan untuk mengekang kegiatan maksiat dalam kalangan umat Islam, sebaliknya mereka membatalkan larangan MPSJ.

“Bagaimanapun teman (saya) tidak hairan kerana yang menentang larangan itu ialah Ronnie dan DAP. DAP memang terbukti sejak dahulu dan sentiasa konsisten dengan pendirian menentang Islam, menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud,” katanya.

“Tapi yang teman (saya) pelik, dalam isu ini ada juga ‘pak jangoat’ yang menyokong DAP walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa umat Islam diharamkan bekerja, menjual, membuat, menyediakan, membawa dan menghidang kerana hukumnya sama seperti peminum arak,” katanya.

(Sisipan malam)

No comments: