Salam semua…
Artikel menarik dari Utusan Online bertarikh 29/11/2010;
Ketuanan Melayu: Kita bukan hendak jadi tuan
Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tidak tepat kerana memberikan gambaran yang salah iaitu seolah-olah menunjukkan seperti orang Melayu ingin menjadi ”tuan”.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, gambaran yang dibuat oleh pemimpin PKR mengenai Ketuanan Melayu salah sama sekali dan hanya dengan niat untuk menjaga kepentingan politik mereka melalui pakatan yang telah dibuat dengan parti pembangkang lain.
"Ketuanan Melayu bukan bermakna kita hendak jadi ”tuan” ia salah sama sekali. Ketuanan Melayu bermaksud segala perkara dan hal yang telah termaktub dalam perlembagaan mengenai hak orang Melayu dipertahankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata contohnya seperti ketua negara adalah Raja-Raja Melayu jadi ia perlu dipertahankan dan dihormati bukannya dihapuskan sesuka hati kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau mendakwa pemimpin PKR sendiri tidak faham mengenai Ketuanan Melayu dan gagal mempertahankannya seperti isu beberapa exco kerajaan Selangor yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada kepala surat rasmi mereka dan ruangan masjid yang dimasuki oleh bukan Islam sehingga menuntut campur tangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Dalam konteks ini Ketuanan Melayu yang kita mahu pertahankan ialah kesucian agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan.
"Itulah maksud Ketuanan Melayu yang perlu dipertahankan tetapi ia gagal dilakukan oleh PKR,” kata Noh. – Bernama
Ulasan saya;
Apa yang pasti PKR di bawah DSAI sekarang ini bertindak sama seperti parti DAP yang ingin menjadikan negara kita sebagai negara Republik. Maknanya mereka mahu menolak kuasa Raja-Raja Melayu.
Perbuatan ini perlu ditentang habis-habisan oleh semua orang Melayu yang ada jati diri.
Ayoh semua kita tolak PKR …PARTI KEHANCURAN RAKYAT !!!!
No comments:
Post a Comment