Friday, November 19, 2010

Parti PAS Kuda Tunggangan Parti DAP?...




Salam semua...

Datuk Kamaruddin seperti yang dipetik dari Harakah Daily ;

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (DK) berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.

Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.

"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Komen saya;

Saya rasa DK ni tak tau apa yang dia kata. Inilah bahananya bila nak buat ‘public statement’ pada orang ramai tapi, dia sendiripun tak pasti apa yang dia kata tu betoi ka atau ikut sedap cakap saja.

Kalau dah tak buat ‘home work’ tu tak payahlah nak bagi kenyataan dekat orang ramai.
Cuba dia tanya bos dia, apa TGNA sendiri mengaku dia tu Melayu ka? Tak kan DK tak tau parti Melayu sekarang ni dah berpecah tiga. Nak kuat lagu mana lagi? Cerita sat dekat cek kalau dah jadi 3, macamana Melayu nak pegang kuasa? Nasib baik la ada UMNO yang cek dok pandang hina tu. Kalau tidak, lagi teroklah nasib orang-orang Melayu.

Kalau nak harapkan Melayu PAS, depa ni termasuk DK dah main kayu tiga dengan DAP. Habis lagu mana yang DK kata kuat sangat tu. Contoh data statistik yang DK bagi tu untuk semua parti Melayu kot? Kalau TGNA sendiri dah tak mengaku dia tu Melayu, habis lagu mana yang DK kata kuat sangat tu…

Tu la DK tidoq lagi. Ada masa, keluaq lah pi jalan-jalan. Pi lah tengok negeri-negeri lain pulak. Kalau nak bagi ‘clear’ lagi mai lah ke P.Pinang. Kalau ada masa, cuba DK tanya apa dah jadi pada orang-orang Melayu P.Pinang.

Jangan jadi katak bawah tempurong. Tapi cakap sana sini, macam DK tau semua. DK yang ada pendidikan pun tak tau orang Melayu dah berpecah, tambah-tambah lagilah orang-orang kampong yang duduk di luar bandar. Kalau depa dengaq cakap DK, lagi teroklah….

DK…DK…rupa-rupanya ada lagi no orang Melayu yang tak mau ambil tau apa-apa tentang nasib sesama orang-orang Melayu.

Sedih…sedih…

No comments: