Saturday, November 27, 2010

Era TGHA Sudah Bermula?


Salam semua…
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang artikel menarik yang disiarkan oleh Media Permatang Pauh pada 26/11/2010. Ianya berkenaan dengan komen berapi dari Presiden PAS, TGHA  yang ditujukan kepada Pemimpin PKR,  DSAI  dan TGNA semasa perasmian Ijtima Tarbawi di Rusila, Trengganu. Klik di sini.



Antara petikan menarik ialah tentang luahan rasa TGHA seperti berikut:

1. “Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon  Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.”

2. “Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” 
      tegasnya.
3. “Nak menang pilihan raya, buat kerja seminggu. Bubar parlimen baru buat kerja, sekarang tak 
    buat kerja!.



Adakah sudah sampai masanya TGHA sebagai pemimpin PAS perlu bersuara sebagai pemimpin nomber 1 PAS dan bukannya hanya mampu untuk berdiam diri dan  berselindung disebalik jubah labuh TGNA yang sudah lusuh itu?.




Selama ini orang ramai melihat TGNA sebagai ketua Laksamana Kapal  Perang PAS yang tersangat uzur dan lemah dalam menentukan hala tuju politik PAS yang penuh mencabar. 


Apa yang pasti, ramai orang percaya bahawa PAS ketika ini mengalami sedikit  penurunan dari segi sokongan orang-orang Melayu sejak PRU12 yang lalu. Walaubagaimanapun, berbanding dengan pemuda-pemuda UMNO,  PAS dilihat masih lagi mempunyai keupayaan di dalam mengatur strategi melalui  gerakan pemuda-pemudanya yang gagah lagi beriman.

Namun,  amat malang bagi PAS  kerana ramai orang melihat  bahawa TGNA  terlalu lemah untuk berganding bahu dengan pemuda-pemudanya bagi mengendalikan semua aktiviti parti itu mungkin kerana faktor usianya yang sudah lanjut serta sikap keras kepala beliau yang tidak percayakan kepada sesetengah pimpinan PAS yang telah kita sedia maklum sebelum ini.
 
Caranya  yang  terlalu banyak bertolak ansur dan merendah diri kepada pemimpin-pemimpin parti pakatan terutamanya LKS, LGE dan DSAI,  amat-amat merisaukan sesetengah pimpinan PAS termasuklah TGHA.



Contohnya seperti kata-kata TGNA seperti berikut;
“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak  ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 06/11/1999.


Beliau juga pernah menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat sepertimana kata-kata beliau pada 12/06/2010;

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.”

Jadi, tidak hairanlah jika TGHA  telah memilih untuk  berani  memberi  komen kepada DSAI dan TGNA bahawa ;

 “Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,”
 “Nak menang pilihan raya, buat kerja seminggu. Bubar parlimen baru buat kerja,
   sekarang tak buat kerja!.

Umpama sebuah kapal perang, TGNA dan pemimpin-pemimpin PAS  yang  lain dilihat oleh TGHA telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan duit ringgit  bagi membantu kapal perang parti-parti pakatan yang lain. Padahal TGNA sendiripun tidak mahu menjadi Perdana Menteri kalau parti pakatan menang dalam PRU 13 nanti.

Perkara inilah  yang menjadi tandatanya dan membuatkan sesetengah ahli-ahli PAS dan TGHA sendiri tidak faham?

Padahal hala tuju Politik PAS sekarang ini entah apa-apa. TGNA sendiripun boleh bersara pada bila-bila masa kalau dia mahu.

Persoalannya sekarang, sebelum TGNA bersara siapakah ‘Successor’ nya….?

Mungkin itukah yang difikirkan oleh TGHA sekarang?




No comments: