Salam semua…
Saya ingin mengulas sedikit tentang paparan artikel dari Harakahdaily bertarikh 20/11/2010.
Di antara petikan menariknya berbunyi begini;
“Cheng Ho perlu dikenang sebagai ikon penting dalam sejarah manusia yang menjadikan perjuangan untuk keamanan dan kemakmuran bersama jauh mengatasi kepentingan puak dan bangsa.
Pengerusi Ekspo Cheng Ho yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Datuk Husam Musa berkata watak besar dari China ini akan pasti dikenang kerana jasanya dalam memperkenalkan nilai persahabatan dan kebajikan yang membelakangkan persoalan puak, agama dan keturunan dalam membangunkan tamadun.”
Paparan sepenuhnya di sini.
Saya juga terpanggil untuk menulis isu ini, kerana pada pendapat saya pihak PAS telah terlebih mengupas ketokohan Laksamana Cheng Ho sebagai ikon bagi membina masyarakat baru yang bersatu atas nilai-nilai tinggi, mengutamakan kebenaran, kebajikan, perkongsian dan semangat tolong menolong dan meninggalkan konsep mengapi-apikan perkauman sempit.
Cuba baca sejarah Laksamana Cheng Ho di sini.
Melalui artikel di atas, PAS seolah-olah tahu dan mengenepikan sendiri ketokohan yang ada pada TGNA serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain bahawa mereka dari dahulu lagi telah gagal membina masyarakat baru Islam yang bersatu atas nilai-nilai tinggi, mengutamakan kebenaran, kebajikan, perkongsian dan semangat tolong menolong dan meninggalkan konsep mengapi-apikan fahaman sempit.
Salam ukhuwah seperti yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya orang Islam tidak kira dari UMNO atau PAS bersatu sebelum ini telah ditolak dengan sombong oleh TGNA serta sebilangan besar pimpinan PAS.
Jadi, apa perlunya ikon Laksamana Cheng Ho ini melebihi ketokohan Nabi Muhammad SAW ?
PAS tidak perlu cari lagi alasan lain kerana mereka lebih arif dalam hal ini. Orang ramai memang sedia maklum bahawa sebilangan besar pemimpin PAS adalah berkelulusan dalam bidang agama.
Apa yang pasti tujuan mereka memilih ketokohan Laksamana Cheng Ho sebagai ikon adalah gimik politik terbaru dari PAS. Orang ramai dapat membaca bahawa nawaitu sebenar mereka semata-mata ingin menagih undi simpati dari masyarakat Cina di Malaysia.
Alangkah kemaruknya gimik politik PAS?
Apa pula selepas ini….?
No comments:
Post a Comment