Saturday, February 05, 2011

PAS DAN PKR TIDAK MENGHORMATI PERAYAAN TAHUN BARU CINA?


Salam semua…
Penulis rasa inilah jadahnya bila tersalah memilih pemimpin  yang tidak menghormati sensitiviti kaum lain bila mengganggu keharmonian Perayaan Tahun Baru Cina.
Mungkin kerana segan dan hendak menjaga hati kawan Pakatan Rakyat (PR) mereka, pemimpin DAP terpaksa menahan air liur serta  kemarahan mereka kepada pemimpin PAS dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY).
Bagi kaum Cina perkara atau perbuatan yang tidak baik ini terutamanya di hari perayaan merupakan perbuatan yang “非常非常不走运 dan perlu dijauhi.
Sepatutnya bila ada cuti perayaan kaum seperti CNY ini, kaum-kaum lain tak kira apa asal keturunan mereka, mengambil kesempatan bergembira dan  bersama-sama menziarahi kenalan dan sahabat handai daripada kaum Cina.
Tetapi malangnya, hanya pemimpin PAS dan PKR sahaja yang mengharapkan kaum Cina menjaga hati di samping menghormati agama dan adab resam mereka. Sebaliknya pemimpin tertinggi mereka seperti Nik Aziz dan DS Anuar Ibrahim  tidak sedikitpun rasa prihatin dan telah menyakiti hati  kawan baik mereka, DAP serta semua kaum Cina yang lain.
Inikah balasannya di atas sokongan yang telah diberikan oleh kaum Cina selama ini kepada PAS dan PKR?
Berbanding dengan pimpinan UMNO-BN di bawah DS Najib, perkara yang malang ini tidak pernah terjadi sama sekali di dalam sejarah Perayaan CNY di Malaysia. DS Najib amat prihatin dan melayan semua kaum Cina sebagai kaum yang bermaruah sama seperti kaum-kaum yang lain di Malaysia.
Perkara yang sama juga telah diluahkan oleh  Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mengecam PAS dan PKR hari ini kerana mereka sanggup mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY) di Ibu Kota Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tahun baru Cina, kata Tan, adalah perayaan utama di negara ini  yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.
Atas sebab tersebut, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin PAS dan PKR dan ahli mereka mengadakan demonstrasi hari ini, menyokong gerakan pro-demokrasi di Mesir, Tan .
Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.
"Hari kedua Tahun Baru Cina merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini (Klik  di sini ).

No comments: