Sunday, February 06, 2011

LAWAK - KERAJAAN PAS KEDAH TIDAK TAHU SAMADA KESEMUA 113 DARIPADA KESELURUHAN 1,016 PELAJAR MEREKA DI MESIR SUDAH PULANG KE MALAYSIA ATAU MASIH BERADA DI NEGARA ITU ATAU DI NEGARA LAIN.


Salam semua…
Penulis nak tergelak bila terbaca lapuran terkini Utusan Online hari ini yang melapurkan bahawa Kerajaan PAS Kedah di bawah Ustaz Azizan tidak tahu samada kesemua 113 daripada keseluruhan 1,016 pelajar mereka di Mesir sudah pulang ke Malaysia atau masih berada di negara itu atau di negara lain.
La, awat lagu ni. Kerajaan UMNO-BN dok sibok-sibok bagi selesai penghantaran pelajar balik ke Malaysia, tup-tup  Kerajaan PAS Kedah pula dok kalut tanya mana pi sesetengah  pelajar mereka? Nak tergelak  ada marahpun ada, takkan tak tau langsung atau tak simpan rekod depa belajaq di mana?
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, pelajar yang tidak diketahui status mereka itu, diminta melaporkan kepada Kedutaan Malaysia mahupun Yayasan Negeri atau jabatan agama yang menaja mereka.
Menurut beliau, jumlah pelajar Kedah yang menuntut di Mesir ialah 1,016 orang - 574 lelaki dan 442 perempuan.
"Daripada jumlah itu hanya 886 pelajar kita di bawah tajaan Yayasan Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Kedah dan persendirian akan dibawa pulang ke negara ini manakala 17 pelajar yang kini berada di Iskandariah enggan pulang manakala 113 lagi tidak diketahui status mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. – Bernama (Klik di sini   ).
P/S – Penulis harap sikap suka kata ‘tak tau’ ini perlu dielakkan oleh kerajaan PAS Kedah no. 'Last-last' kerajaan UMNO-BN juga yang susah. Tolonglah kerajaan persekutuan sikit. Takkanlah semuanya hendak dilambakkan kepada kerajaan UMNO-BN untuk diselesaikan kesemuanya.
Zaman kata  ‘tak tau’ ini dah ketinggalan zaman dah..proaktiflah sikit. Yang selalu kata tak tau tu, belajaq-belajaqlah bagi ringan mulut sikit   kata tau.Apa-papun beringat sebelum terlambat.

No comments: