Tuesday, March 22, 2011

VIDEO SEKS: ANWAR TAK PERLU SUMPAH AL-QURAN, KATA HADI

Salam semua…
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah atas al-Quran bagi membuktikan beliau bukan lelaki yang didakwa dalam rakaman video seks melibatkan seorang wanita, yang didedahkan semalam.
Sehubungan itu kata beliau, hanya Mahkamah Syariah yang boleh meminta Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, agar berbuat demikian.
“Jika anda mahu beliau bersumpah, maka anda perlu mengikut hukum syariah. Hanya mahkamah ini (syariah) yang boleh memutuskan sama ada beliau kena buat sumpah sedemikian.
“Saya minta kes ini didengar di Mahkamah Syariah,” kata beliau merujuk kepada dakwaan terbaru yang dirujuk kepada pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu.- The Malaysian Insider
P/S – Suruh saja beliau (Anuar) bersumpah pasal kes liwat dengan Saiful dulu…itupun dah cukup. Ustaz Hadi jangan terburu-buru, kalau ye pun nak jadi orang tengah atau pembela Anuar.
Kalau nak tolong sangat Anuar, selesaikan kes yang lama dan suruh  Anuar serahkan DNA nya dulu….kita tunggu dan tengok betul-betul samada beliau teruna suci ataupun tidak….


2 comments:

red said...

Hehehe... takyah suruh bersumpah... Anuwar mesti x maw sumpah punyaa

Anonymous said...

Tugas paling mudah sabagai ulamak yg bolih dilakukan olih Hadi ialah meminta Anwar bersumpah.
Dgn itu menenangkan situasi juga membersihkan diri. Bersih bagi Anwar dan lebeh terhormat bagi sabuah parti Islam PAS kerana mendokong kemurnian peraturan2 Islam. Kalau kaedah ini dipolitikotorkan, jadi galakkanlah kelakuan2 sumbang dan PAS akan pertahankan kerana nak jadi popular serta mengusut2kan situasi. Yg pelesit dibela yg jadi mangsa dianiaya. Allah Huakbar PAS.