Salam semua®…
Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.
Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.
Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.
"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah,” katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.
Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.
"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN,” katanya.
"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam,” katanya.
Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.
Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.
Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.
Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.
“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.
“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.-Malaysiakini
P/S – Sepatutnya Azmin perlu kata Dr Wan Azizah yang tidak boleh tidur malam kerana beliau ( Dr Wan Azizah) terpaksa berhadapan dengan orang ramai bagi menjawab banyak persoalan yang berkait rapat dengan isu moral suaminya. Tambahan pula suaminya ketika ini tengah uzur....
3 comments:
kalau makhluk anu(nya)gerah tuhan pun kaki temberang, pengikutnya apa lagi. all the way temberang.
Itu peluru terakhir Azmin dengan menyalahkan akhbar utusan. Sudah tidak ada modal lagi. Azmin lupa akhbar cina lidah masyarakat cina. Dan suara keadilan lidah fitnah PKR? Melayu pasti bangkit saudara Azmin. Pilihanraya sarawak menjadi pengajaran. Walaupun orang sarawak yang dituduh masih memakai cawat boleh utuh bangkit janganlah nak berangan. Tidak dinafikan orang cina akan tetap menolak MCA, Gerakan dan BN keseluruhannya. Melayu akan tetap pertahankan UMNO. Hidup Melayu!!!!!!!???
Azmin kalau DS Rosmah tak boleh tidur malam pun whats the problem to you cos she is sleeping with her darling DS Najib.
You tu yang Dayus your wife is sleeping and hugging elsewhere...Can you sleep?
Post a Comment