Friday, March 25, 2011

VIDEO SEKS: WAN AZIZAH MEMANG NAK TONTON. HANYA DR WAN AZIZAH YANG BOLEH BUKTIKAN LELAKI DALAM VIDEO SEKS ITU ANWAR ATAU PUN TIDAK-KATA ABDUL RAHIM.



Salam semua…
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, salah seorang “Datuk T” sekali lagi menegaskan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah sebenarnya mahu menonton rakaman video seks yang kononnya melibatkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi.
Selain Abdul Rahim, dua lagi Datuk T adalah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Kata bekas ketua menteri Melaka itu, hanya Dr Wan Azizah yang boleh buktikan lelaki dalam video seks itu Anwar atau pun tidak.
“Dr Wan Azizah nak video itu dihantar sendiri kepadanya tetapi Datuk Shazryl takut video seks itu terdedah.
“Hanya Dr Wan Azizah tahu siapa lelaki dalam video seks itu, siapa lelaki dalam video itu sama ada suami beliau atau tidak,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bagaimanapun semalam Dr Wan Azizah (gambar) berkata beliau tiada keinginan untuk menonton video seks itu.
Abdul Rahim juga menafikan dakwaan bekas ahli majlis tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin bahawa Datuk T memintanya menjadi “orang tengah” untuk menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.
“Beliau (Badrul Hisham) yang menawarkan diri untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah, kita tidak minta pun.
“Tapi akhirnya ia tidak jadi kerana kita tak mahu video itu jatuh ke tangan orang lain,” katanya.
Semalam Badrul Hisham berkata beliau diminta oleh Datuk T agar menjadi “orang tengah” untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.
Abdul Rahim juga mengejek Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar.
Selain Johari, Badrul Hisham juga menafikan lelaki dalam video itu adalah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.
“Dias (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?“Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama,” katanya.
Awal minggu ini,”Datuk T telah menayangkan videk seks itu kepada media pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.
Selain media, rakaman video seks itu juga turut ditayangkan Johari dan Badrul Hisham pada hari sama.
Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Abdul Rahim meletakkan jawatan dengan serta-merta selaku Pengerusi Risda kerana terlibat dengan pendedahan video seks itu yang disifatkan sebagai jenayah.
Kumpulan itu mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat Risda di sini sebagai membantah pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu.
“Abdul Rahim kena meletakkan jawatan dengan serta-merta kerana terlibat dengan aktiviti jenayah.
“Beliau (Abdul Rahim) sendiri yang mengaku terlibat dengan pendedahan ini dan beliau perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Kata beliau, pihaknya mengecam secara keras tindakan Datuk T dan mendesak agar politik berunsur jahat dan fithan yang dibuat terhadap Anwar dihentikan.
“Kita tegas dengan pendiria mengecam kempen politik jahat dan fitnah yang dilakukan terhadap Anwar.
“Kita mesti hentikan politik khianat dan keji ini,” katanya.
Shamsul Iskandar juga berkata beliau telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Abdul Rahim sambil mendakwa wujud amalan rasuah dalam pendedahan video seks itu.-The Malaysian Insider
P/S – Kak Wan perlu berlapang dada. Masyarakat keseluruhannya bersimpati dengan apa yang beliau lalui malah bersedia memaafkannya jika beliau berani tampil kehadapan dan menyatakan yang benar.


3 comments:

Anonymous said...

kahakahka..woit yg gi serang rtc buek apo..pie lar serang anuar nu..ada ka patut org yg tunjuk kebenaran nak dikatakan jenayah..camtu habislah tok2 hakim semua kena letak jawatan...

Anonymous said...

eloklah kalau disiasat sapa pelakon porno tu. ni bukan masalah fitnah memfitnah atau dosa melihat video lucah. persoalan yg lebih besar ialah maruah negara. apa akan jadi kalau pelakon porno tu memang anuwar dan satu hari nanti dia akan jadi pm.
dah tentu yg untungnya TAUKE hotel yg rakam video tu. TAUKE & geng2 (parti ***)nya akan mintak macam2 sampai negara dan bangsa melayu akan tergadai. kalau tak bagi...pecah lah rahsia... akibatnya negara ni akan jadi singapura satu hari nanti. itulah yg yahudi nak...menghalang kebangkitan islam ke 2 yg akan muncul diakhir zaman sebelum imam mahadi. hakikatnya ini semua adalah perancangan yahudi. org yg buat solat hajat utk penzina, menggunakan islam utk kepentingan politik, etc adalah seumpama orang yang membersihkan najisnya dengan kertas dari cebisan al quran. sejahat2 umno, diorag bersihkan najis dengan tisu.

adf55650 said...

Kalau Wan Azizah cakap orang itu memang Anwar apa kan berlaku?
Anwar akan cakap dia tak pernah mengenali Wan Azizah sebelum ni kah kah kah