Gambar hiasan
Salam semua…
Lim Kit Siang perlu merujuk kenyataan anaknya, Lim Guan Eng yang mengakui indeks jenayah negeri pimpinannya menunjukkan penurunan sebelum membuat sebarang tuduhan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tuduhan Penasihat DAP bahawa statistik penurunan indeks jenayah itu tidak menggambarkan keadaan sebenar adalah satu kenyataan yang tidak mewakili semua rakyat dan bermotifkan politik semata-mata.
“Saya tidak menjangkakan pembangkang akan memperkatakan mengenai kejayaan kita dalam NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara).
“Apa yang boleh saya katakan, Lim Kit Siang perlu berunding dengan anaknya, Guan Eng yang mengakui bahawa kadar jenayah di Pulau Pinang telah menurun 17.3 peratus dan dia juga mengucapkan tahniah kepada polis,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Kit Siang sebelum ini turut mengkritik pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan gimik politik serta retorik semata-mata.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terkini siasatan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, Hishammuddin berkata, sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.
Katanya, prosedur siasatan dijalankan seperti biasa yang berkisar kepada laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Utusan
P/S – Ramai yang dapat gelaran “Papa Jahat’ sekarang ini…anda ingin mencuba? Tapi, pastinya hanya sesuai untuk orang politik…….
1 comment:
kita memang tidak hairan dengan perangai babi dua beranak ni... apa saja yang kerajaan BN lakukan semuanya pada mereka adalah kepalsuan belaka tiada satu pon kebenarannya....
dasar ideologi komunis tak pernah padam walaupon parti komunis dah padam...
Post a Comment