Wednesday, March 09, 2011

MUFTI PERAK TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA BERKATA: “NIK AZIZ TIDAK LAYAK UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA SESEORANG INDIVIDU ITU MASUK SYURGA ATAU TIDAK.”


Salam semua…
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga”, Ahad lalu.
Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.
Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.
“Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.
“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, Nik Aziz tidak layak untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masuk syurga atau tidak.
“Syurga adalah hak Tuhan... bukan hak kita sebagai manusia untuk menentukannya.
“Bukan hak kita untuk cakap macam itu, ini adalah kuasa Tuhan,” tegasnya.
Nik Aziz telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga” semalam.
Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan Nik Aziz, agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.
Surat itu dihantar pagi semalam oleh pejabat Nik Aziz.
Mengenai hasrat Dewan Pemuda PAS Perak untuk menjadi orang tengah, Harussani berkata, beliau tidak memerlukan sesiapa untuk mengaturkan pertemuan dengan Nik Aziz.
Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz jika ingin menemuinya boleh terus datang ke pejabat Mufti Perak.
“Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka.
“Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan,” kata Harussani.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Dewan Pemuda PAS Perak berkata pihaknya berhasrat menemukan Harussani dan Nik Aziz berhubung “perang kenyataan” menyentuh isu-isu Islam baru-baru ini.
Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merealisasikan pertemuan tersebut.
Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.
Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.-The Malaysian Insider

3 comments:

Anonymous said...

membuang masa berdebat dengan org yang melacurkan agama demi agenda politik mereka.Mengaku tok guru tapi kata2 dan perangai tak lebih teruk dari abu jahal..

Zakir said...

Berdasarkan pengalaman aku berurusan dengan puak2 fikrah PAS ni, kalau depa tak setuju dengan kita dalam apa jua hal, sampai bila2pun depa takkan mahu terima pandangan kita. Dan sampai bila2pun depa tak mahu menerima perubahan andai ia tidak berpihak kepada mereka. Hati mereka telah tertutup. Pendengaran mereka telah pekak dari kebenaran. Justeru, ulasan Mufti Perak tidak akan menjawab surat dari TGNA, ataupun mahu bertemu dengannya melalui orang tengah (Dewan Pemuda PAS) dilihat sebagai tindakan yang betul dan bijaksana. Buang masa sahaja kalau nak berwacana/dialog/berbincang dengan puak2 PAS ni sebab perangai mereka tidakkan akan mahu menerima kebenaran jika ia tidak berpihak kepada mereka. Aku dah rasa lama dah sejak zaman2 student U dulu....memang HAPRAK!

contilover said...

Dakyah PAS mpknya tlh berjaya mmesongkn akidah.. kerana taksub kpd parti, syiar Islam diketepikan. Smga diberi Hidayah dan Taufik oleh Allah agr mmperbaiki ksilapan ini