Friday, April 22, 2011

UTUSAN DAN DAP SAMA SAHAJA KEDUA-DUANYA BERCAKAP PASAL PERKAUMAN. KENAPA PULA LIM KIT SIANG MEROYAN MENYALAHKAN DS NAJIB DAN UMNO?


Salam semua…
Amat meloyakan bila Lim Kit Siang (LKS) yang terkenal dengan ketebalan perkauman Cinanya beberapa hari yang lepas telah menempelak DS Najib dengan berkata gagasan 1 Malaysia bukanlah satu kempen yang bertujuan untuk membina negara yang serius, tetapi hanya bertujuan memancing undi melibatkan “Kemeja 1 Malaysia, Tupperware 1 Malaysia, Air Galian  1 Malaysia, Burger 1 Malaysia, akaun e-mel 1M dan lain-lain yang memburu keuntungan menggunakan 1M.”
Sikap kurang ajar beliau yang tidak pernah berterima kasih di atas sumbangan DS Najib serta menteri kabinet BN yang lain selama ini yang bersusah payah melancarkan beberapa  kempen 1 Malaysia bagi menyatupadukan rakyat. Sebaliknya beliau (LKS) yang hanya bermodalkan air liur sahaja berani mencerca dengan mengatakan bahawa  gagasan 1 Malaysia bukan satu kempen yang bertujuan untuk membina negara.
Inilah jadahnya bila gagasan 1 Malaysia dipolitikkan oleh pemimpin rakus seperti LKS. DS Najib sebelum ini berkali-kali mengatakan gagasan 1 Malaysia  sebenarnya bukanlah agenda politik pihak pemerintah.
Sebagai pemerintah yang adil, DS wajib bertanggungjawab ke atas semua rakyatnya tidak kiralah sama ada dari mana asal, kaum dan agama mereka. Tetapi LKS sebagai pemimpin, beliau tidak berfikiran begitu. Baginya apa saja yang dibuat oleh kerajaan, semuanya mempunyai agenda perkauman. Ini menggambarkan niat tidak ikhlas sebenar beliau di dalam berpolitik. Hasilnya tidak boleh disorok-sorok lagi kerana semua orang termasuklah pemimpin parti MCA dan Gerakan sendiri tahu bahawa matlamat parti DAP sebenarnya adalah untuk memperjuangkan kuasa politik yang boleh menguntungkan kaum Cina sahaja.
Jadi, soal Utusan melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi” tidak perlu ditakuti oleh LKS kerana merekalah Utusan bertindak sedemikian rupa. Jadi sama-sama racist lah ! maknanya tidak ada bezanya di antara LKS, DAP dan Utusan.
Ikuti kenyataan LKS seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider:
Wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang cuba mewujudkan ketegangan kaum dengan mencabar gagasan 1 Malaysia yang bersifat inklusif.
Hari ini, Utusan Maaysia meminta pemilik akhbar itu supaya mengadakan gerakan yang boleh dikenali sebagai “1Melayu, 1Bumi” melibatkan kesemua parti Melayu sambil mendakwa DAP mahu menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu.
Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, tulisan terbaru Utusan Malaysia yang bersifat “antinasional” membuktikan yang gagasan 1 Malaysia bukan satu kempen yang bertujuan bina negara yang serius, tetapi hanya bertujuan memancing undi melibatkan “Kemeja 1 Malaysia, Tupperware 1 Malaysia, Air Galian  1 Malaysia, Burger 1 Malaysia, akaun e-mel 1M dan lain-lain yang memburu keuntungan menggunakan 1M.”
Kata beliau, dalam membuat gesaan antikebangsaan yang tidak bertanggungjawab, Utusan Malaysia sebenarnya meletakkan Najib dalam ujian sama ada beliau bersedia untuk mengambil tindakan ke atas Utusan dan mereka secara terbuka mencabar dasar 1 Malaysia.
“... atau beliau seorang Presiden Umno yang tiada kawalan sepenuhnya ke atas Umno,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam tulisan ruangan Cuit hari ini, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.
Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”
“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.
Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.
“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.
Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.
Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”
Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”
“Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain,” katanya lagi.
Dalam ulasannya kata Lim, ruangan yang dibawa Utusan Malaysia adalah sesuatu yang tidak bertanggungawajab, yang hanya mahu memecahbelahkan rakyat pelbagai kaum dengan “pembohongan, fitnah dan kepalsuan.”
“Ini adalah politik lama perkauman yang mesti memberi laluan kepada politik Malaysia, yang bersifat multirasialisme (sekarang),” kata ahli Parlimen ini.
Kata beliau, DAP tidak pernah bertindak sebagai sebuah parti politik bagi kaum Cina, sebaliknya ia adalah bagi semua rakyat Malaysia.
Malah kata beliau, ia juga merupakan parti politik Pan-Malaysia yang meluaskan sayapnya bukan sahaja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak.
Kata Lim, kejayaan DAP pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu merupakan hasil kerja keras politik selama 33 tahun bagi rakyat Malaysia dan juga Sarawak, yang percaya pada keadilan dan masyarakat yang saksama.
Sehubungan itu, beliau juga mencabar parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan pandangan mereka dalam isu terbaru ini.

1 comment:

Anonymous said...

LKS ni kan bapa dia dulu kominis yang kena tembak di pergunungan gunung Inas.Ni semua anak cucu chin peng.
Idelogy DAP sama lah..Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!!!!!