Salam semua…
Komen seksis Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.
Ketua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.
Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.
"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.
Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.
Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.
"Kerana orang seperti Ibrahim Ali percaya ianya adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia," kata penyelaras kanannya, Aegile Fernandez kepada AFP.
Semalam, Ibrahim berkata peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami.
Bercakap sewaktu sesi soal-jawab di Parlimen semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.
Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.
Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.
Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.
P/S – Kenapa NGO Wanita bukan Islam tiba-tiba meroyan? Apa yang penulis faham, Datuk Ibrahim Ali memberi komennya berdasarkan perpekstif Islam. Dan bukannya secara umum untuk semua bangsa dan agama. Bagi penulis, memang betul apa yang diperkatakan oleh Datuk Ibrahim Ali kerana kata-katanya itu menyamai dengan ucapan dan tafsiran Ustaz dan Guru-guru agama di dalam ceramah-ceramah agama atau bacaan-bacaan kitab yang selalu kita dengar. Apa yang salahnya? Apa yang mereka tahu tentang Islam?
Jangan hanya pandai berhujah berdasarkan pandangan dari perspektif negatif dan membuat tuduhan sebarangan, kalau mereka yang tiba-tiba meroyan ini, tidak faham perkara-perkara tertentu di dalam Islam. Mereka ini sebenarnya bersikap kurang ajar kerana sudah sampai ke tahap berani memberi komen yang agak sensitif mengenai ajaran-ajaran agama lain.
Penulis rasa apa yang berlaku ini adalah salah satu contoh kelemahan dan kesilapan pemimpin-pemimpin muslimah terutamanya di kalangan parti PAS yang gagal memahamkan mereka tentang perkara-perkara tertentu di dalam Islam. Penulis cabar pemimpin NGO-NGO wanita yang tengah meroyan di atas mengadakan perbincangan secara ilmiah dengan muslimah PAS, tentang tajuk yang sama agar mereka lebih faham apa itu Islam secara lebih dekat.
4 comments:
Biasa la bro..yg jadi kepala NGO2 wanita bukan Islam ni semua yg dah monopos.
Muka sekor mcm mak lampir..tersentuh hati la mereka bila Tok Him ckp mcm tu...dalam hati mereka nak juga merasa..tp dah x boleh..x da org nak..hahaha...
Benda tue hakikat...reality..tp diorang x dapat nak terima nak buat mcm mana...
Klu lelaki yang baik mungkin la sabar klu isteri x nak layan...puasa..
Buatnya ganas, nafsu mcm kuda, sampai terketar2 lutut menahan gelodak nafsu mcm nuar tue..x ker dia gi menutuh amoi kat luar...
Klu la kak jijah layan elok2..ok aper nuar tu..tp yea la kak jijah pun dah monopos, da jadi sepat kering kata Nuar...(bukan saya cakap,kak Umi Hafilda yg bagi tau dalam blog dia.. Nuar ckp mcm tu kat jijah depan2 diorg..hahaha.)
Ermmm da nasib badann......
Kalau nak tahu kelemahan diri tanya lah orag lain...so bila diberitahu marah, meroyan dan macam-macam lagi...betul kata tok IA tu....memang terjadi pu kat aku!!!
itulah tujuannya perkahwinan untuk menyalurkan nafsu dengan cara sah dan halal, pendapat Ibrahim Ali adalah betul sebagaimana yang disyariatkan oleh agama islam, tetapi pelaksanaannya adalah perlu dengan berhikmah dan bukanlah suami itu boleh menganggapkan isteri sebagai bahan melempiaskankan nafsu sahaja. sebab itu berkahwin dapat menyelamat separuh dari iman. Jadi sebagai orang islam kita tidak perlu melatah sehingga menampakan islam itu sebagai tidak adil kepada wanita, lainlah dengan puak KAPir LAHANAT itu kerana apa saja yang berkaitan dengan islam akan terus diperlecehkan sehingga kiamat.
Adakah kajian yang pernah dijalankan bagi menyokong penemuan ini?
Persoalan juga timbul dari kenyataan itu adakah kebanyakan suami begitu rendah imannya melakukan larangan Allah semata-mata kerana isterinya tidak mahu memenuhi tuntutannya? Tidak ada jalan lainkah yang diajar agama bagi menangani masalah sebegini?
Dalam memperkatakan tanggungjawab isteri ini kita sebenarnya tidak boleh lari daripada meneliti tanggungjawab suami juga. Jika ingin mengambil Islam sebagai autoriti, kita mesti mengambil secara keseluruhan dan bukan dalam kompartmen tertentu saja.
Realitinya isteri itu dibebankan dengan tanggungjawab lain yang tidak perlu sebenarnya dipikul isteri. Urusan rumah tangga dan anak secara eksklusif digalas isteri.
Dalam Islam tugasan menyediakan makan minum suami sebenarnya bukan tanggungjawab hakiki isteri. Tetapi isteri sekarang bukan saja dibebankan dengan tanggungjawab memasak malah menjaga anak dan ramai juga yang berkerja bersama-sama membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga.
Semua ini sebenarnya tanggungjawab suami yang perlu menyediakannya. Suami sepatutnya menyediakan pembantu rumah. Begitu juga halnya mengasuh anak.
Sekiranya semua ini disediakan oleh suami saya berpandangan pada masa itu, isteri wajib menuruti apa saja kehendak suami.
Dalam Islam apabila seseorang itu diberikan sesuatu keistimewaan ia bukan datang begitu saja. Ia sebenarnya juga disertakan dengan tanggungjawab. Lebih banyak keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang disertakan. Setiap suami harus sedar tanggungjawab ini dan tidak hanya memikirkan hak dan keistimewaan diberikan kepada mereka saja.
Sebagai seorang manusia, isteri juga mempunyai perasaan dan kelemahan. Sudah pasti isteri yang pulang dari bekerja itu berasa letih dengan kerja di pejabat.
Amat tidak munasabah sekiranya isteri ini juga selepas pulang dari kerja dibebankan lagi dengan pelbagai tugasan lain sedangkan si suami duduk menonton televisyen ataupun beristirehat saja. Sebagai ketua keluarga suami perlu menjaga kebajikan keluarganya. Suami akan dipersoalkan kelak sekiranya gagal mentadbir keluarganya dengan baik.
Saya sangat percaya jika suami isteri mengambil neraca Islam sebagai panduan keharmonian rumah tangga mereka sudah pasti tiada seorangpun akan teraniaya dalam keluarga. Malah isu mengadakan hubungan sulit dengan orang lain juga tidak akan timbul kerana hubungan suami isteri itu disulami dengan sulaman akhlak budi pekerti dan ketakwaan.
Keengganan isteri melayan suami bukan tiket kepada suami untuk berlaku curang. Islam mengajar bagaimana mendidik isteri nusyuz atau derhaka kepada perintah sah suaminya. Pada awalnya suami hendaklah menasihati isteri supaya tidak derhaka kepada suaminya.
Sekiranya masih berdegil maka hendaklah diasingkan tempat tidur antara suami dan isteri dan sekiranya isteri itu masih berdegil ingkar kepada arahan suaminya dibenarkan kepada suami itu memukul isterinya bagi tujuan mengajar.
Bagaimanapun pukulan itu hendaklah tidak mencederakan isteri dan tidak boleh dipukul pada bahagian tertentu seperti muka dan bahagian sulit.
Wanita dijadikan Allah daripada tulang rusuk sebelah kiri lelaki. Tulang rusuk ini begitu dekat dengan hati sebagai simbolik wanita itu hendaklah dicintai. Wanita tidak dijadikan daripada tulang di kepala untuk dijunjung ataupun tulang kaki untuk dipijak. Begitu indahnya kejadian wanita dijadikan Allah untuk kita fikirkan bersama.
Berbalik kepada kenyataan Ibrahim tadi, saya menyarankan tidak kira suami ataupun isteri perlu melihat dalam diri mereka sendiri terlebih dulu sebelum menuding jari mendakwa orang lain melakukan apa-apa kesilapan ataupun menjadi penyebab berlakunya gejala sosial.
Mendakwa orang lain menjadi penyebab kepada perlakuan salah seseorang yang lain amat tidak adil. Sebaliknya kita hendaklah melihat kepada diri sendiri sebelum mengatakan orang lain bersalah.
http://zainulrijal.abubakar.my/?p=386
Post a Comment