Saturday, April 02, 2011

POLIS BARU ACAH KATA VIDEO TU TULEN, MEREKA DAH GELABAH MINTA POLIS BERITAHU SIAPAKAH SEBENARNYA YANG ADA DALAM VIDEO SEKS….



Salam semua…
Penulis rasa inilah hikmahnya di sebalik kenyataan KPN baru-baru ini tentang ketulenan video seks berkenaan. Baru kata tulen, mereka dah tunjuk sikap sebenar mereka yang telah mula sangsi dengan integriti ketua mereka. Kalau tidak, takkanlah mereka beria-ia benar nak tahu siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh 3 Datuk T baru-baru ini. Acah-acah KPN sebenarnya tepat dan terkena kepada sasarannya.
Ikuti kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali seperti yang disiarkan oleh Harakah:
Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.
"Apakah orang yang  ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. (gambar)
Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negera.
Syed Husin mengulas kenyataan Ketua Polis Negara hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen dan bukan palsu.
Sebelum ini, Anwar sendiri tidak mempertikaikan video itu tulen atau tidak tetapi yang dinyatakan adalah beliau bukannya lelaki yang ada dalam video itu.
"Perut saya tidak buncit macam lelaki dalam video itu," kata Anwar dalam sidang media di Pejabat PKR sebelum ini sambil berdiri di depan wartawan dan jurugambar menunjukkan perutnya.
Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub yang dibawa menonton video itu di Carcosa Sri Negara juga berkata, wajah lelaki dalam video itu macam Anwar tetapi selepas melihat kepada perutnya beliau yakin ia bukan Anwar.
Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dibawa lebih awal menonton video itu oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik juga membuat kesimpulan yang sama.
"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.
Sementara itu, Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi  Ahmad dalam Twitternya berkata,  walaupun video seks itu tidak diubahsuai, Ketua Polis Negara tidak menjelaskan siapakah dalam video itu.
"Banyak pelakun murahan sanggup buat kerja mcam ni," kata beliau dalam Twitternya.
P/S – Kalau nak tahu, yang tulen tu selalunya mahal harganya. Dan yang tak ori itu pula murah harganya dan biasanya akan dibangkul sampahkan oleh sesiapa sahaja. Kata KPN lagi, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.
Secara logiknya, kalaulah setakat orang-orang biasa yang terlibat, takkanlah mereka sanggup nak hantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing…. signal macam nipun tak faham lagi ke..?


3 comments:

blogenstarz said...

Dia orang pun main acah2 je nak tahu siapa.... Tapi bila PDRM kata nak hantar keLuar Negara baru dia orang gelabah beruk !

putrarahman said...

Minta Anwar SEGERA saman Datuk T kerana memfitnah beliau. Bila dibicarakan di mahkamah nanti barulah didedahkan siapa penzina di dalam Video tersebut.

Anonymous said...

Dia org ni semua bapak2 munafik politik.Nama jer Parti Islam, perangai macam setan & iblis...selagi masih bernyawa selagi itulah mereka sanggup menipu. Islam hanya mainan politik mereka, Kalau nak bercerita pasal agama korang belajar ngan orang tabliq la..

Tak payah belajar ngan org2 PAS yang kaki AUTA..mereka ni semua tak ubah macam Ayah Pin jugak.Belajar ngan puak2 ni sesat kita dunia dan akhirat.

Alquran bagaikan mainan mereka sahaja, warak mereka hanya menunjuk-nunjuk sahaja, hakikatnya mereka ni semua pemimpin yg akan diadili oleh Allah mula2 sekali nanti...

Bila ada sedikit ilmu pengetahuan agama, mereka jadikan diri mereka seolah-olah merekalah yg boleh bercerita pasal islam..org lain tidak..

Ajaran Islam mana yg mereka bawa pun aku tak tahu?..sepatutnya islam mengajuar umatnya bersatu padu, menegur perbuatan secara berhemah, jgn menipu memutarbelitkan sesuatu perkara, mempermudahkan bukannya menyusahkan?

Kalau dah berpolitik mana pergi islamnya?..semuanya topeng belaka...jubah,serban,janggut semuanya aksesori untuk menyatakan diri tu islam lah kononnya. Hakikatnya Allh mengetahui apa niat seseorang itu. Tak payah ler nak menunjuk-nunjuk menipu org dengan luaran sahaja..dalaman dan niat tu sebenarnya lebih penting.

Kita boleh menipu manusia ni dengan mempertontonkan luaran kita, tetapi kita tidak boleh menipu Allah dengan niat sebenar kita.....

Buat pemimpin2 PAS..buang ler sikap menipu tu, ingatlah kat Allah..Jahil2 orang BN mereka tidak mempersendakan Alquran dan Allah. Tapi anda telah melakukan kesalahn yg besar, mempersendakan Allah & Al Quran malah mempermainkan islam itu sendiri....