Salam semua…
"Saya awal-awal lagi tidak boleh terima kenyataan KPN yang dilihat tidak serius dalam menangani isu yang merupakan kemuncak politik durjana," kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar ketika mengulas isu video seks politik yang didalangi Trio Umno baru-baru ini.
Trio Umno itu adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim.
Pertama kali, KPN berkata, polis tidak boleh menangkap mana-mana pihak sesuka hati tanpa sebarang bukti apabila ditanya kenapa pihak yang menayangkan video lucah secara terbuka tidak ditahan.
Terbaru, beliau berkata, video seks itu terbukti tulen yang membayangkan ia benar dan menyalahkan plihak didakwa terlibat dalam video itu tanpa menyebutnya.
Ketua Polis Negara KPN dalam kenyataan terbarunya berkata, siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.
"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) 1 April lepas.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.
"Cuba bayangkan jika yang terlibat dengan penayangan video lucah ini pimpinan Pakatan Rakyat atau pihak yang nak diperkenakan oleh pemimpin BN, agaknya bagaimana reaksi KPN dan polis umumnya," kata Dr Lo' Lo' melahirkan rasa kesalnya.
Beliau yakin, kenyataan-kenyatan KPN itu sedang diperhatikan rakyat dan boleh membawa rebahnya Barisan Nasional yang sedang memerintah.
"Saya nak ingatkan KPN bahawa rakyat melihat ketidakadilan ini dan Allah Maha Melihat," kata Dr Lo' Lo' kepada Harakah Daily.
P/S – Penulis kata macam budak-budak maksudnya;
1-Beliau awal-awal lagi kata tidak boleh terima kenyataan KPN yang dilihat tidak serius dalam menangani isu yang merupakan kemuncak politik durjana.
Jawapan-Siasatan belumpun habis, dia dah awal-awal lagi kata tak terima kenyataan KPN. Lepas tu pula, kata tak serius. Kenyataan lagu ni, macam budak tak sekolah. Hormatlah sikit kepada KPN.
2- Komen beliau seterusnya-Pertama kali, KPN berkata, polis tidak boleh menangkap mana-mana pihak sesuka hati tanpa sebarang bukti apabila ditanya kenapa pihak yang menayangkan video lucah secara terbuka tidak ditahan.
Jawapan-Mana ada tayangan secara terbuka? Ternyata beliau tidak faham fakta.
3 -Berikutnya beliau berkata- video seks itu terbukti tulen yang membayangkan ia benar dan menyalahkan pihak didakwa terlibat dalam video itu tanpa menyebutnya.
Jawapan – Siasatan belum selesai, tuduhan belumpun ada. Kenapa ‘jump to conclusion?’- nampak sangat kegelojohannya.
4. Seterusnya kata beliau "Cuba bayangkan jika yang terlibat dengan penayangan video lucah ini pimpinan Pakatan Rakyat atau pihak yang nak diperkenakan oleh pemimpin BN, agaknya bagaimana reaksi KPN dan polis umumnya,".
Jawapan – Sebagai anggota Polis, dalam menjalankan tugas, tidak ada perkataan cuba-cuba dan bayangan perbuatan jahat di sini. Yang benar tetap benar. Yang salah pula tetap salah dan akan dibawa kemuka pengadilan. Inilah perbezaan pandangan hipokrit parti PAS dengan pihak pemerintah. Andaian beliau tadi sebenarnya sebagai bukti pemikiran jahat yang melangkaui pemikiran orang-orang baik seperti kita semua….
8 comments:
memang betullah cakap lu bro..
mana boleh suka2 nak ambil tindakan..
pembangakang dah gambra sgt gamaknya..
mcm dah tahu je yg sipelaku tu hmmm...sape pun tak cakap siapa sipelaku yg dia gelabah apehal,ye lah esok kalau betul la sipelaku itu hmmm, malulah diakan seorang yg abid dan alim mesti buat perkara yg betul, mana nak letak muka ni, dibalik tudung pun boleh kak, nak ckp sikit ye, dekat tasik titiwangsa tu x ade maksiat ke, x ade tempat berjudi ke,hahaha, lu pk la sendiri kak LOLO. aku adalah manusia yg berkelana kat selangor/KL berbelas tahun dah suatu waktu dahulu, nanti ade la yg akan tolong snap picture ape yg ade kat tempa YB ye.
tak de benda nak komen .dia komen la macam tu..ha ha
Dari awal lagi Datuk Shazryl Eskay dah kata tak mau libat Polis tentang perkara ini, ia akan dikatakan konspirasi dan dispin oleh Pakatan. Benar saperti dikata oleh Datuk Trio mereka hanya mahu pehak media saja mengetahuinya.Pehak Pakatan hanya mahu dengar jawapannya sebagai gambar palsu dan menyebelahi mereka.Sebagai orang yang terpelajar kita perlulah mempunyai keyakinan terhadap siasatan dan keputusan yang dibuat Polis disebabkan mereka mempunyai kepakaran dalam hal ini. Kalau kita tak percaya pada Polis , pada siapa lagi kita boleh percaya? Saya rasa kita telah membuang banyak masa dengan mempercayai tentang kejadian konspirasi. Konspirasi mustahil akan berlaku jika melibatkan banyak orang .contoh jika saya terlibat dalam konspirasi yang saya sendiri tidak setuju maka perkara ini akan saya beritahu kepada orang yang terdekat saperti isteri atau bapa.Usahlah kita sebut lagi Konspirasi , gunakan masa keemasan ini untuk perkara perkara yang boleh memberi kebaikan pada keluarga ,Agama , bangsa dan negara.
Harap ada Anugerah Pelakon Porno Lelaki Sepanjang Zaman dalam Anugerah BH atau Skrin.
Kalau filem tu ditayangkan kat parlimen nanti malula insan pilihan tuhan.Mana dia nak letak muka?.. Siapa tau jawapannya.....
jawpan,
Sembunyi muka kat tanah sekangkang Dr. Lolok la.....Kah....
Apa susah...heret semuanya ke muka pengadilan...Then buktikan.
Rasanya puak Pembangkang ni setuju ker?
Mereka cuma desak agar 3 Datuk ini ditahan kerana mempertontonkan video lucah...tetapi dalam masa yg sama mereka berdiam pasal pelakon tersebut?.
Korang tentunya ingat kes Ariel Peter Pan kan?..kenapa tidak dilakukan seperti mana pihak berkuasa Indonesia menahan pelakon dan pengedarnya...baru adilkan?
Takkan nak tahan 3 datuk tersebut, pelakon dibebaskan?...What the hell? Tidakkah pelakon tersebut lebih jijik dari pengedar?..KAlau betul pelakon tersebut bukan Anuar apa yg nak ditakutkan sangat. Belasah jer la...3 datuk tersebut cukup2....
So, fikir secara matang, jgn nak berpolitik memanjang. Cari kebenaran tersebut..Jangan nak defend2, kalau dah sah terimalah hakikat...nama jer pemimpin PAS tetapi perangai tidak melambangkan maksud yang dibawa...kalau dah hidup bergelumang dgn politik, agama tolak tepi...Orang2 seperti inilah yang Allah janjikan Neraka bagi mereka, dasar perjuangan adalah untuk kepentingan diri dan parti, bukanya ISLAM.......
Post a Comment