Friday, April 29, 2011

Datuk Shazryl Eskay Abdullah : “Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.” “Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,”


Salam semua®…
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.
“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.
Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan selepas solat Jumaat tadi.
Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.
Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.
Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.
Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:
“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.”
“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.
P/S – Cuba anda fikirkan, kenapa  orang berani dan sanggup bersumpah  semata-mata ingin menyatakan kebenaran tentang isu moral Anuar? Sehinggalah beliau sanggup berkata “Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,”. 
Bukanlah calang-calang orang yang sanggup berkata sedemikian.
Hanya orang yang betul-betul ikhlas dan berada di pihak yang  benar sahaja sanggup berbuat demikian.
Mungkinkah ada hikmah disebaliknya?

1 comment:

Anonymous said...

Selagi ia tidak ikut dalil, selagi ia tidak ikut cara shariat Islam, selagi itulah aku takkan percaya benda-benda karut ini, bermula sejak saiful bukhari hinggalah ke datuk eskay ini. Sikit pun aku pun tak percaya.
Aku cuma percaya hukum hakam Allah dan sunnah Nabi (saw).
tapi malangnya, semua ini dipandang sebelah mata. langsung tidak dijadikan sebagai RUJUKAN!
jelas mereka TIDAK IKUT Tuhan.