Monday, March 28, 2011

DATUK NALLA: ANWAR BUKAN PILIHAN TEPAT SERTA TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN. BELIAU SEDIA BERJUMPA PEMIMPIN PAS…


Salam semua…
Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.
“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.
“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.
“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.
Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.
“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.
Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.-Utusan


2 comments:

AMENO ChaCha Marba said...

POHDAH Cheat...!! Orang Fasik Nalla ni,nak kita percaya kah???

Kalau ada Ular sebelah si-Nalla ni, kita Balun si-Nalla dulu tau!!

Aku tau kow tak akan masukkan dan siarkan komen aku ni(maklumlah Blogger UMNO tak demokratik lagi..)
tapi kalau ok,TQ...

Anonymous said...

UMNO dah sedar selama 10 tahun memelihara baiawak hidup tersebut..ternyata Nuar berahim ni hanya mahu berkuasa.

Kini hampir 12 tahun UMNO dah buang Nuar yang ternyata manusia dua 'alam' yang amat berbahaya buat seluruh rakyat Malaysia..

Adakah PAS masih mahu menyimpan 'bangkai' yang telah ditendang keluar dari UMNO ini..

PAS..Nuar tiada lagi 'berbisa' yang boleh anda jadikan taruhan..percayalah semakin lama Nuar di'pelihara' ia hanya akan memudaratkan diri PAS itu sendiri..

Imej PAS tercalar teruk, kredibiliti PAS kini juga dicarik-carik, dirobek-robek rakus oleha manusia bernama Nuar ni..bertaubatlah PAS..kembali kepada pangkal jalan..

Itu pun jika PAS ingin terus relevan dimata rakyat...rakyat kini dah semakin menyampah dengan perjuangan Nuar yang jelas hanya untuk dirinya sahaja...

Jelas dan sangat terang...PAS kena sedar sedangkan Tun MAhathir yang cerdik lagi ditipu oleh Nuar..inikan pula Pak Lebai Malang..