Monday, January 03, 2011

Terbaru: Agenda Penyatuan UMNO Dan PAS Disambung Semula?



Salam semua…

Penulis memetik lapuran terbaru dari Harakah Daily tentang isu di bawah ini.

KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu  turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.
“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup,” ujarnya.

Ulasan Penulis;

Walaupun tidak ada berita hasil daripada pertemuan tersebut, perjumpaan kedua-dua pemimpin berkenaan secara empat mata sudah cukup sebagai permulaan ke arah perbincangan dan pertemuan seterusnya.

Patutlah dalam entri Merah Tinta MSO bertarikh 23/12/2010 beliau berkias dalam isu ini. Klik di sini.
InsyaAllah semoga apa yang kita doakan sebelum ini tetap menjadi kenyataan.

Sama-samalah kita tunggu.

P/S – Lagi cepat lagi baik – nak tunggu otai-otai istihar gejatan senjata…

3 comments:

Unknown said...

Salam Bro ...

Mantap artikel saudara. Minta zizn linkkan bersma dengan blog kami. Wasalam.

Salam semua (R)... said...

Salam GWM,

Terima kasih di atas sokongan saudara.

Saya dah pautkan blog saudara ke blog saya yang tak seberapa ini...

Wassalam.

Anonymous said...

terus terang.....penat menyaksikan satu demi satu harapan bukan sahaja punah...tapi kemusnahan suatu bangsa...kegoyahan suatu institusi....kecelaruan suatu agama....

jangan terlalu mengharap pada suatu yang dikias...jika tiada kata putus nya...jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang 'mengikat'....jika tiada amanahnya.....

biar apa pun yang bakal terjadi....

berbaik sangka kepada ALLAH adalah sebaik2 pilihan....semoga lebih ramai yang mensyukuri nikmat....dan menjauhkan mereka yang kufur nikmat.....daripada bumi Malaysia ini....memberi segala kerahmatan terhadap suatu ikatan persaudaraan ISLAM ini...

wallahu'alam...