Tuesday, January 18, 2011

ISU ARAK – USTAZ NASRUDIN HASSAN SELAR TINDAKAN RONNIE...



Salam semua…

Petikan berita terkini daripada Utusan Online yang penulis ambil bertarikh 18/01/2011 (Klik di sini  ).

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu, mengarahkan agar larangan ke atas orang Islam untuk bekerja di premis menjual arak ditarik balik telah menyinggung perasaan umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ia kerana, perbuatan bekerja di premis arak apatah lagi meminumnya adalah jelas diharamkan di dalam Islam.

Malah katanya, tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu merupakan langkah terpuji kerana mereka mahu menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dalam pekerjaan yang dimurkai Allah.

"Tetapi apabila beliau (Ronnie) membantah arahan MPSJ itu, maka dengan jelas tindakan itu telah menyinggung perasaan dan sensitiviti umat Islam," kata Nasrudin ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Ronnie yang membantah peraturan MPSJ yang melarang umat Islam daripada bekerja di premis menjuak arak.

Nasrudin dalam pada itu memberitahu, Dewan Pemuda Pas Pusat tidak bersetuju dengan tindakan Ronnie itu kerana peraturan yang dibuat MPSJ itu adalah menepati syariat Islam.
Justeru ujar beliau, tidak sepatutnya larangan itu dipertikaikan kerana ia dengan jelas menyentuh sensitiviti umat Islam dan lagi pun, larangan itu hanya khusus ke atas orang Islam dan bukannya terhadap penganut agama lain.

"Sepatutnya, Ronnie perlu terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada
kerajaan dan pihak terlibat tanpa mengeluarkan arahan sendiri kerana ia sebenarnya menyinggung serta mencabar sensitiviti umat Islam," katanya.

P/S – Macam tulah Ustaz, ini soal hukum Allah. Mungkin Allah sengaja hendak menguji kita. Jangan takut kepada mereka yang sengaja tidak mahu faham peradaban Islam. Mereka ini jelas kafir harbi yang perlu ditentang dengan kekuatan jemaah dan  bukannya sorang-sorang.

Moga-moga Allah memberi kekuatan kepada Ustaz bagi menegakkan kebenaran yang hakiki. Carilah jemaah yang sesuai, InsyaAllah, Allah akan memberkati usaha ikhlas anda. Wala’ kepada pemimpin yang zalim akan menjadikan kita zalim juga kepada orang ramai.

Gunakanlah cermin selain cermin ciptaan kita, InsyaAllah kita akan lebih mudah untuk bermuhasabah diri serta menolak perkara-perkara yang tidak baik yang datangnya kita tak sangka.

No comments: