Salam semua…
Seperti yang diduga, bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu. Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
Penulis rasa eloklah beliau keluar cepat-cepat kerana beliau telah lama menjadi duri dalam daging PKR. Keluarnya beliau daripada PKR akan memberikan tamparan yang hebat kepada pakatan rakyat.
Tentunya suara beliau yang vocal sedikit sebanyak akan menggoncang tiang seri PKR dan secara langsung akan memberi kelebihan kepada BN bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Ikuti berita sepenuhnya yang penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 29/01/2011
(Klik di sini ).
“Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.
Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.
Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.
Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.
PKR kini mempunyai 24 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 31 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.
Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.
Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.
Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.
Serangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.
Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.
P/S – Penulis nampak selepas PRU12 dulu, sokongan kaum India kepada BN semakin hari semakin baik. Ini menandakan kaum India rasa tertipu di bawah PKR. Kebajikan mereka di bawah BN adalah lebih baik dan terjaga berbanding di bawah PKR. Masalahnya sekarang, kesempatan yang terbaik ini gagal diambil peluang oleh pemimpin MIC sekarang yang nampaknya hilang fokus dan lebih cenderung ke arah isu-isu remeh seperti isu Interlok.
1 comment:
Tahniah Tok Ai, Tahniah BN! Menang dengan Tenang & Senang, syabas!
Jumlah pengundi: 14753
Melayu 7014
Undi : BN 4536
PAS 696
Cina 5765
Undi: BN 2789
PAS 1279
India + 1974
Undi : BN 1298
PAS 281
BN 8623
PAS 2256
Majority 6367
Post a Comment