Friday, January 21, 2011

NIK AZIZ – JANGAN SOROK-SOROK, BERCAKAP BENARLAH KEPADA KAMI SEMUA!...

                                                  Bersumpah Dengan Menjunjung Al-Quran



Salam semua…

Penulis sebelum ini hanya sekadar tengok dari jauh kerana tak berani nak masuk campur tentang isu Adun PAS Selising, yang mengikut pertuduhannya telah berkhalwat di dalam Koch Kereta Api VIP 1 bersama-sama dengan seorang Wanita, Isteri kepada seorang guru.

Sahabat pro BN, Gomo dalam blognya hari ini ada memberi kenyataan dan bertanya seperti berikut;   

“Apa yang Gomo  nak nyatakan di sini adalah isu Khalwat yang mana telah pun di lindungi oleh Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan bila mengetahui yang anak buahnya telah pun Berkhalwat. Kenapa di lindungi Yb Selising Saiful Bahri?

Maklumlah kes tuduhan berat seperti berzina ni, kita perlulah berhati-hati kerana ianya  melibatkan keaiban ke atas orang yang kena tuduh termasuklah keterlibatan Nik Ajis Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikatakan telah melindungi Yb Selising, Saiful Bahri.

Tapi yang menghairankan dan membuat penulis teruja ialah tentang saksi utama kes ini, Ustaz Saidi  merangkap bekas Ketua Keselamatan PAS DUN Semarak dan Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan,  SANGGUP BERSUMPAH DAN MENJUNJUNG AL-QURAN mempertahan kenyataannya bahawa yang telah di tangkap Berkhalwat dengan Isteri seorang guru itu adalah Yb Saiful Bahri.
(Klik di sini  ).  

Bagi menjelaskan perkara yang sebenar  serta mengelakkan daripada fitnah yang tidak ada kesudahannya, penulis rasa eloklah Menteri Besar,  Nik Aziz Nik Mat cepat-cepat tampil kehadapan bersama-sama dengan Yb Selising, Saiful Bahri membersihkan nama mereka.

Penulis sanjung tinggi cara berhemah  Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dalam menangani masalah serta membersihkan namanya dalam beberapa siri tuduhan fitnah ke atasnya sebelum ini. Gaya ‘gentlement’nya perlu diikuti oleh semua orang yang betul-betul ada integriti.

P/S – Ingat! tindakan  berdiam diri maknanya mereka bersubahat dan mengiyakan perbuatan yang terkutuk itu. Semua orang ramai termasuk penulis menunggu respons daripada Nik Aziz tentang isu ini….  

No comments: