Thursday, January 06, 2011

KHALID IBRAHIM DURHAKA KEPADA SULTAN?



Salam semua…

Penulis hairan kenapa MB Selangor dengan tiba-tiba tenggelam punca kerana telah mengambil keputusan yang kurang bijak membelakangkan keputusan KDYMM  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menolak pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Apa yang penulis faham, tindakan yang dilakukan Sultan Selangor itu adalah tidak bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta mengikut peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Melalui berita perdana TV 3 semalam juga, apabila ditanya oleh wartawan  samada beliau (MB Selangor) akan hadir di upacara  mengangkat sumpah menyimpan rahsia esok (6/1/2011) yang akan dihadiri oleh baginda Sultan, beliau secara sinis berkata “kalau beliau berada di situ, maka adalah…kalau tidak ada, tidak adalah..” Wah…hebat betul beliau. Kerana kuasa politik, sanggup beliau berkata sedemikian rupa.  

Tindakan kurang sopan beliau itu telah membangkitkan rasa marah orang-orang Melayu serta NGO-NGO Melayu yang sebilangan besarnya mendesak supaya beliau meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa telah menderhaka serta mencabar kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah .
Penulis paparkan artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online bertarikh 05/01/2010 untuk tatapan pembaca sekalian. Klik DI SINI.

SHAH ALAM: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa mencabar kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah .

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, berkata tindakan Abdul Khalid bersama beberapa barisan Exco kerajaan negeri yang berterusan mempolemikkan isu pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah mengundang rasa tidak puas hati rakyat hingga menyebabkan mereka kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri besar itu.

"Dan dengan itu kami mendesak Tan Sri Khalid meletakkan jawatan dengan kadar segera," katanya ketika berucap selepas mengadakan perhimpunan aman menyerahkan memorandum bantahan terhadap Menteri Besar yang diterima oleh Setiausaha Eksekutif Pejabat Menteri Besar, Dr Razali Bolhi, di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Perhimpunan aman yang bermula dari Dataran Shah Alam itu turut disertai Pertubuhan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) yang diketuai Presidennya Datuk Ibrahim Ali, wakil pemimpin MCA dan MIC serta lebih 700 rakyat Selangor daripada pelbagai kaum.

Kontroversi pelantikan SUK baru itu tercetus apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menolak pelantikan Mohamad Khusrin seterusnya tidak membenarkan beliau mengangkat sumpah menyimpan rahsia bagi memulakan tugasnya secara rasmi sejak mengambil alih jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Hamidzun berkata, pihaknya bersama NGO lain dan rakyat Selangor yang cintakan keadilan akan terus mengadakan perhimpunan dan bantahan sehingga desakan supaya Abdul Khalid meletak jawatan berjaya.

"Semua pihak menyedari dalam sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini telah memberikan kuasa kepada baginda untuk memperkenan mana-mana pelantikan tiga jawatan penting pentadbiran negeri iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri," katanya.

Antara lain memorandum itu turut mendesak Menteri Besar bersama barisan Exco yang menyokong beliau agar berhenti mempolemik dan mempolitikkan pelantikan Mohamad Khusrin serta meminta Abdul Khalid bersikap profesional dengan melayan semua kakitangan awam Selangor dengan baik.

"Semua kakitangan awam adalah tulang belakang utama kepada kemajuan, keamanan dan kesejahteraan negeri Selangor,"katanya.

Terdahulu, Ibrahim, ketika berucap di hadapan ratusan rakyat di Dataran Shah Alam, berkata tindakan Perkasa menyertai perarakan itu tidak berpaksikan kepentingan politik sebaliknya atas dasar menjunjung prinsip kedaulatan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi ia membabitkan kedudukan Raja Melayu.

Katanya, apa yang dilakukan Sultan Selangor adalah tidak bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta mengikut peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi, rakyat kena faham, jangan emosi dan jangan membantah atas tanggungjawab politik. Sebaliknya bertindaklah atas lunas undang-undang," katanya.

Perhimpunan aman yang bermula 3 petang dan diawasi anggota polis itu berakhir kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA

No comments: