Salam semua…
Haa..Menteri kita sudahpun bersuara dalam isu Ummi Hafilda saman DS Anuar dan sekutunya yang lain. "Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafilda Ali termasuk terhadap Karpal Singh.
Kali baru kena buku dengan ruas. Karpal ingat dia tu tahu segala-galanya. Sampaikan belum apa-apa lagi dah berani kata kes yang akan dibawa Ummi Hafilda ini tak akan diterima oleh Mahkamah.
Kali baru kena buku dengan ruas. Karpal ingat dia tu tahu segala-galanya. Sampaikan belum apa-apa lagi dah berani kata kes yang akan dibawa Ummi Hafilda ini tak akan diterima oleh Mahkamah.
Betul kata DS Nazri, beliau (Karpal) sebenarnya takut dan mengharapkan kes saman itu tidak diteruskan. Penulis bukanlah pandai sangat tentang undang-undang ni. Tapi bila Pak Menteri dah kata lagu tu, terasa semangatlah sikit. Apa-apapun dari segi moral maruah Karpal sebenarnya sudahpun jatuh kerana melanggar kepercayaan Ummi Hafilda selaku bekas anak guam kepada Karpal selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar, bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
Ikuti paparan sepenuhnya yang penulis ambil daripada Berita Harian Online bertarikh 17/01/2011 (Klik di sini )
SETIU: "Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafida Ali termasuk terhadap Karpal Singh.
Nazri berkata, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah Pengerusi Kebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.

"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.
"Apa saja kes terhadap Karpal, bawa sajalah, biar mahkamah yang putuskan," katanya ketika mengulas kenyataan Karpal semalam yang menggesa peguam mewakili Ummi Hafilda supaya terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap beliau.
Dalam sidang medianya di George Town semalam, Karpal berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.
Bagaimanapun, kata peguam kanan itu, kes membabitkan Ummi Hafilda melepasi had enam tahun kerana berlaku lebih 13 tahun lalu.
Ummi Hafilda yang juga adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, dilaporkan mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal serta PAS.

Ummi Hafilda berkata, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta akan dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar, bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
Wan Azizah dan PAS masing-masing akan disaman RM100 juta. - BERNAMA

4 comments:
Takkan penggumbal undang undang dan hakim lebih bodoh dari kita yang tak tahu undang undang.
Cuba kita fikir. Sekiranya kita membunuh seseorang dan saksinya koma atau hilang akal selama 7 tahun lepas tu baru dia tersedar. Wah sejuk sejuk jer kita untung dan buat parti sebab dah lepas 6 tahun.
Pada fikiran saya mahkamah berhak mendengar kes itu kerana semasa kes itu berlaku pihak yang di tuduh iaitu Anuwar masih berkuasa dan berkeupayaan menyalahguna kuasa dan menidakkan keadilan Ummi dan juga mengugut.
Terbukti beliau pernah menyalah guna kuasa kerana akibat itu beliau ke penjara.
SEtiap orang berhak untuk mendapat keadilan. BOleh kah kesalahan lalu di padamkan di sebabkan tempuh masa?
Salam Hahn...
Seperti yang penulis katakan penulis bukanlah pandai dalam hal-hal perundangan ni.
Memang betul dalam saman sivil ni ada peruntukan misalnya 'Limitation Act" yang mengatakan sepertimana kata-kata Karpal Singh.
Ada juga keadaan dan situasi yang berbeza menghadkan sampai ke 12 tahun contohnya berkenaan dengan kanun tanah misalnya tuntutan ke atas harta yang dicagar.
Penulis kurang pasti samada tuntutan Ummi Hafilda tidak sama dengan tindakan yang disebutkan di atas, kerana ianya melibatkan salah laku jenayah?
Mungkinkah beliau (Ummi) ada maklumat-maklumat penting yang membolehkan wujudnya unsur-unsur " Element of Surprise” di dalamnya yang boleh menyakinkan mahkamah untuk membuka kes ini.
Yang terbaiknya bolehlah rujuk kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.
Wassalam.
salamsemua2010.blogspot.com
SETUJU SANGAT SETUJU...TERUSKAN HAFILDA...AKU JD SYOK PULA NAK TENGOK MANGKOK2 TU MENGELUPOR..SELAMA NI DEPA INGAT DEPA JA YG PANDAI BELIT, SESEKALI TERBELIT WOOIIIII SYOK BETUI
respons kapal sink menunjukkan ummi tidak berbohong dalam kenyataannya. so apa lagi?
Post a Comment