Wednesday, January 19, 2011

BUKANNYA DEBAT, TAPI BINCANG – DS ANUAR SPIN LAGI ?



Salam semua…

Penulis hairanlah tengok telatah kebudak-budakan DS Anuar yang tak habis-habis lagi nak berdebat dengan DS Najib. Dan yang terbaru, mungkin kerana maksud debat tu kasar sangat bunyinya kot, ditukarnya menjadi berbincang pula?

Apalah DS Anuar ni, orang dah tak mau berdebat atau berbincang, buat apalah nak dipaksa-paksa. Malulah sikit pada orang ramai. Mungkin ada udang di sebalik batu kot? Kalau tidak, takkanlah beliau beria-ria sangat nak berdebat atau nak berbincang dengan DS Najib. Awat, tak cukup lagikah beliau berdebat di pentas Parlimen?

DS Anuar ni bukanlah boleh layan sangat, mungkin dia tengah pasang perangkap nak pekena DS Najib. Ataupun dia sengaja nak lari daripada kes saman  Ummi Hafilda  serta salah laku Karpal Singh yang terkhilaf mengambil beliau sebagai anak guam.

Apa-apapun orang ramai dah tahu perangai sebenar DS Anuar. Kononnya nak bincang pasal Pelan 100 Hari Pembangkang. Setakat pelan saja ‘sapa-sapapun’ boleh buat. Yang nak tergelak tu, pelan mereka hanya ada dasar-dasar untuk berbelanja saja. Mereka tak pentingkan pakar-pakar ekonomi untuk membina ‘cashflow’. 

Mana nak korek duit tu, semuanya belakang kira sebab mereka tak pernah rasa susah nak dapatkan duit. Semuanya ‘fast funds transfer from overseas’ apa yang nak dibimbangkan. Tengok gaya hidup mereka cukuplah. Kalaulah nak harapkan gaji sebagai seorang YB, berapa sangatlah. Manalah cukup nak duduk di rumah-rumah mewah dan berkereta-kereta besar? Ini tak termasuk lagi belanja terbang sana-terbang sini. Takkanlah semuanya daripada duit rakyat?

Ikuti ajakan terbaru DS Anuar kepada DS Najib sepertimana yang disiarkan oleh Berita Harian Online bertarikh 19/01/2011 (Klik di sini  ).

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik membabitkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

"Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel lain ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah, Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata, menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.
"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi. - BERNAMA



1 comment:

blogenstarz said...

Bukti DS Nagib masih menghormati Anwar.
Tidak mahu terburu2 membuat keputusan menerima pelawaan berdebat.
Nanti akan menganggu perbicaraan kes liwat