Monday, January 24, 2011

PRK DUN TENANG –HANYA PARTI PAS BOLEH FITNAH, ORANG LAIN TAK BOLEH?

                               Wanita Diperguna Bagi Kerja-Kerja Fitnah Mereka

Salam semua…

Di dalam dua entri  yang lepas, penulis ada menulis beberapa komentar tentang betapa dahsyatnya finah PAS ke atas DS Najib, Pak Imam serta pimpinan UMNO kerana telah mempolitikkan isu kematian  Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din yang kononnya adalah bekas Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.

Entri pertama penulis bertarikh – baca di sini.

Entri kedua penulis bertarikh – baca di sini.


Kali ini, yang terbaru menerusi lapuran berita Utusan Malaysia Online bertarikh 24/01/2011 telah menceritakan tentang kekesalan isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas demi untuk melobi undi PRK DUN Tenang, mereka tergamak menabur fitnah dan mempolitikkan isu kematian Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din.

Penulis  tidak mahu komen banyak-banyak dan menyerahkan kepada semua pembaca  untuk membuat penilaian sendiri tentang manusia-manusia yang hipokrit tetapi berlagak bahawa  merekalah lebih Islam dari yang lain. Halal dan haram sebagai mainan mereka mengaburi mata orang-ramai asalkan matlamat yang dituju mengikut cita-rasa mereka.

Ikuti lapuran selanjutnya di  sini.

SEGAMAT 23 Jan. – Isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas menabur fitnah dan mempolitikkan kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.

Lebih menyentuh hati Maimunah Hendon 54, dan anak-anaknya apabila Pas menuduh keluarga membiarkan jenazah Allahyarham tanpa diurus semata-mata untuk menunggu diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan berada di Felda Tenang pada hari berkenaan.

Tuduhan Pas itu terkandung dalam edisi kedua Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diterbitkan Badan Perhubungan Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Tidak cukup dengan itu, Pas menerusi buletin itu mendakwa kononnya Allahyarham meninggal dunia kerana ‘risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu’.

Perasaan sedih dan rasa terkilan Maimunah itu tidak dapat disembunyikan ketika beliau ditemui wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia di rumahnya di Bandar Putra di sini petang ini.

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

“Dia (Normala) datang bertanyakan nama saya dan nama arwah suami saya dan mengucapkan takziah kepada saya. Memang saya sedar gambar itu diambil oleh beberapa orang tetapi saya tidak fikir apa-apa pun masa itu.

“Sebagai orang Islam, saya bersangka baik dengan mereka, takkan pula nak halang mereka datang. Sebab itu sekarang saya terkilan sebab perkara ini kecoh, kawan-kawan beritahu cerita dan gambar saya keluar surat khabar,” katanya.

No comments: