Sunday, January 23, 2011

PRK TENANG – PAS, JANGANLAH PEKENA WARGA EMAS UNTUK BERKEMPEN? TAK DAK MODAL LAINKAH?



Salam semua…

Berikut adalah modal kempen politik PAS terkini untuk DUN Tenang yang paling tidak efisyen pernah disiarkan oleh Harakah Daily pada 22/01/2011 (Klik di sini  ).


ROMPIN, 22 Jan: "Saya ni pengasas Umno Rompin, saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan tapi dalam hati dan jiwa saya kini sudah tidak ada lagi Umno.

“Perit kami berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa, tapi hari ini saya sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri.”

Demikianlah luah pengasas Umno Rompin, Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, 81, kepada Naib Ketua Pemuda PAS Pahang Fadzli Ramly ketika menziarahi tokoh tersebut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang, Abdul Majid Hassan, di rumahnya di Kampung Pulau Helang dekat sini baru-baru ini.

"Fadzli teruskanlah perjuangan demi anak bangsa dan agama," katanya kepada Fadzli yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Nik itu merupakan pejuang awal kemerdekaan dari Rompin sejak menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (STIC) bersama dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sebaik pulang dan berkhidmat di Rompin, beliau telah menubuhkan Umno Kuala Rompin dan rapat dengan bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.

Ketika perisytiharan darurat pada 1948, beliau sendiri berkawal di bandar Kuala Rompin.

Kini Cikgu Nik sudah tidak kuat lagi kudratnya dan terpaksa bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes.

Namun dalam kelemahan fizikalnya beliau tetap mengikuti perkembangan politik tanah air. Paling membimbangkannya ialah penghakisan tanah rizab Melayu serta ramainya bangsa Melayu yang terjebak dengan gejala sosial.

Difahamkan, ahli Umno sendiri kurang menziarah Tokoh Guru dan isterinya yang juga sedang sakit itu menyebabkan beliau merasa  terpinggir dan berkecil hati.
 Ulasan penulis berikutnya:

Sebab  apa penulis kata modal kempen PAS yang paling tidak efisyen pernah disiarkan oleh lidah resmi mereka, Harakah Daily. Antara sebabnya adalah:

1. Menggunakan warga emas sebagai kempen politik memburukkan kerajaan UMNO adalah kerja-kerja orang yang tidak bermoral  dan tidak bertanggung-jawab. Buat apalah nak diganggu warga emas berkenaan (dalam gambar). Kalaulah rasa kasihan dan simpati nak melawat dan bagi bantuan, lawat dan bantulah beliau secara ikhlas.

Janganlah mengambil kesempatan mengadu-dombakan warga emas berkenaan dengan kerajaan UMNO.  Tak moleklah perbuatan itu. Sifat orang-orang tua seusia  Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan selalunya sensitif, jadi janganlah mengambil kesempatan ke atas beliau dengan bertindak seolah-olah tangan kanan menghulur bantuan telinga kirinya pula dibisik dan disuruhnya mencaci.

2. Tindakan mereka yang terang-terang mengeskploitasikan warga emas berkenaan seolah-olah mereka sudah mengangkat bendera putih kerana gagal menyakini golongan belia Johor supaya menyokong mereka. Selalunya golongan belia tidak mudah atau  termakan dengan dakyah berbentuk bantuan ala sogokan kerana pemuda dilihat lebih rasional dan kritis selain tidak senang-senang ditipu sedemikian rupa.

3. Berkempen dengan menyamar sebagai seorang budiman dan pemurah kemudian disertakan dengan gambar serta disebarkan secara meluas melalui media maya  sekarang ini dikenali dengan POLIGAME (POLITIK + GAMBAR + MEDIA) . Gaya ini, bukanlah gaya hero politik  sebenar kerana lakonan  sebegini selalunya cepat dihidu oleh orang ramai. Kalau tak percaya tanyalah Saudara Mahfuz Omar, berkesan atau tak cara dia tu? lebih-lebih lagilah yang suka membela / menaja? Aikkk..ramai lagi kah?…


No comments: