Saturday, January 08, 2011

Budaya Menipu Dan Kesalahan Moral Seks Diterima Pakai Oleh Pakatan Rakyat?

                             
                     Salam semua… Penulis berasa dukacita bila ada sesetengah pemimpin-pemimpin parti Pakatan Rakyat  di Malaysia telah  mengambil kesempatan dengan menjual maruah dan integriti diri semata-mata untuk mencapai tujuan politik sempit. Mereka ini bukan calang-calang orang malah ada di antara mereka ini yang telah berjaya membina kerjaya yang hebat di dalam pelbagai bidang. Perbuatan keji mereka yang sengaja memesong kefahamam orang ramai bahawa tindakan politik kotor itu adalah sebahagian daripada tatacara  strategi politik yang diterima pakai di Malaysia.

Sejarah politik dunia banyak mengajar kita tentang bagaimana seseorang pemimpin perlu ada maruah dan integrity diri. Kalau tidak, mereka akan ditolak sebagai pemimpin oleh rakyat mereka sendiri. 

Menjaga maruah diri bagi seseorang pemimpin seperti tidak berbohong atau tidak melakukan kesalahan moral seks adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dijaga kerana ianya melambangkan tingginya peradaban satu-satu bangsa itu dengan bangsa-bangsa lain.

Untuk itu penulis ambil 2 contoh sahaja sebagai hujahan:

1. Kita lihat saja kes Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa yang dipaksa oleh rakan-rakan partinya untuk meletakkan jawatan kerana tertidur ketika menghadiri satu persidangan antarabangsa. Partinya dan Kerajaan Jepun menganggap perbuatannya yang tertidur dalam mesyuarat sebagai sesuatu yang amat memalukan rakyat negara Jepun. Menteri Kewangan itu pada mulanya enggan meletakkan jawatan dan mengemukakan surat pengesahan doktor bahawa dia mengambil ubat selsema yang menyebabkan beliau mengantuk dan tertidur. Tetapi penjelasan Menteri Kewangan itu tidak dapat diterima oleh dan rakyat dan Kerajaan Jepun. Akhirnya Menteri tersebut terpaksa melepaskan jawatan.

2. Semua orang tahu tentang kes seorang perempuan yang bernama Monica Lewinski yang telah menghancurkan kerjaya presiden Amerika syarikat, Bill Clinton satu masa dahulu. Kerana kelucahan jalan ceritanya tidak perlulah penulis menghuraikannya dengan lebih panjang.

Akan tetapi tatacara politik parti pembangkang di Malaysia ternyata amat berbeza kerana ramai ahli dan pengikutnya yang sentiasa redha dan menerima persoalan di atas sebagai satu helah dan strategi politik yang dibenarkan oleh agama (kata mereka)?.
Bagi penulis, menjaga maruah dan integriti bagi seseorang pemimpin itu adalah penting kerana ianya melambangkan betapa tingginya peradaban satu-satu bangsa dengan bangsa-bangsa yang lain di dunia. Kalaulah ditakdirkan mereka menang dan bertukar menjadi pemerintah, maka penulis dapat bayangkan betapa hancurnya budaya hidupbangsa yang berteduh serta berpayung di bawah pemerintahan mereka nanti.

Oleh yang demikian, boleh dan mampukah kerajaan membendung budaya ini?
   

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Apa ada hal. Pergi jumpa Nik Aziz supaya Allah maafkan.